Posts

Showing posts from October, 2018

ELLIE SURIATY TERKILAN JADI BAHAN KECAMAN

Image
    Ellie Suriaty terkilan jadi bahan      kecaman KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar, terkilan apabila perbezaan fahaman politik membuatkan dirinya sering menjadi bahan kecaman serta sendaan rakan selebriti. Menurut Ellie, 48, dia lebih berasa kecewa apabila segelintir selebriti mendakwa semangatnya dalam memperjuangkan UMNO disebabkan wang. “Saya pernah menegur seorang selebriti apabila dia mendakwa tindakan saya dan seorang teman menangis ketika bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sangat lucu, selain saya kononnya dibayar. “Kenapa perlu buat tuduhan sedemikian, sedangkan saya lihat dirinya sendiri tidak pernah menyumbangkan apa-apa. Takkanlah saya sanggup memperjudikan kerjaya seni yang sudah berusia dua dekad semata-mata kerana duit? “Jika betul saya dibayar, perjuangan saya akan jadi seperti yang dibayar, bukanny...

LAKONAN? IA SATU PENGHINAAN BUAT SAYA

Image
‘Ada Yang Menganggap Tindakan Itu Sebagai Lakonan, Ia Satu Penghinaan Buat Saya..’ October 26th, 2018 | by  Ash Nordin Nama pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar kini menjadi topik perbualan hangat netizen gara-gara semangat yang ditunjukkan dalam memberi sokongan kepada UMNO. Terbaru, video pelakon wanita itu memberi ucapan protes dalam memperjuangkan UMNO juga menjadi bahan kecaman orang ramai. Malah ada juga yang mendakwa Ellie melakukan semua itu semata-mata kerana wang. Ini respon Ellie mengenai isu tersebut. ‘Takkanlah saya sanggup memperjudikan kerjaya seni..’ Ellie Suriaty meluahkan rasa terkilan apabila perbezaan fahaman politik membuatkan dirinya menjadi bahan kecaman orang ramai dan juga rakan selebriti. Lebih membuatkannya rasa sedih apabila sesetengah selebriti mendakwa semangatnya untuk memperjuangkam UMNO adalah kerana wang. Saya pernah menegur seorang selebriti apabila dia mendakwa tindakan saya dan seorang teman menangis ketika be...