JOHARI DI BERI KUASA UNTUK SINGKIR PENGKHIANAT DALAM UMNO
JOHARI DI BERI KUASA UNTUK SINGKIR PENGKHIANAT DALAM UMNO By Mohd Zaini Samsu Hadi - 20 October 2019 Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid (tengah) diiringi Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (kanan) hadir pada Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 20 OKTOBER 2019 KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kuasa penuh kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Johari Abdul Ghani untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan yang menjadi pengkhianat di dalam parti itu.Bercakap di pentas ketika merasmikan Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, Ahmad Zahid menegaskan, beliau akan memastikan nama-nama pengkhianat itu tidak ada lagi di dalam UMNO minggu depan.Justeru katanya, beliau memberi m...