PH Terdesak Raih Undi, Tanpa Malu Ambil Kredit Usaha BN – Tok Mat Pantun 13 November 2019 Berita Lain , Berita Utama Zylan Mohamed TANJUNG PIAI, 13 Nov – Bersahaja, keletah dan kepetahannya dalam berceramah sering membuatkan orang yang mendengarnya tidak kering gusi. Walaupun berunsur jenaka yang diselang-seli dengan pantun, dahulu terkenal dengan Mat GST dan kini Mat Pantun, isi ceramah yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan tetap berasaskan fakta. Antara pantun Ahmad yang paling popular adalah seperti berikut: Jika tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan, Jika tak mahu kena kencing, Jangan undi Pakatan Harapan. Selasa malam, di Kampung Sri Bunian, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tenggayon dalam siri ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membidas pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat terdesak meraih undi dengan tanpa segan...
Posts
Showing posts from November, 2019
- Get link
- X
- Other Apps
PRK Tg Piai: Orang Muda Sokong BN Perkembangan Positif– Ir Hasni 10 November 2019 Berita Lain , Berita Utama Zylan Mohamed TANJUNG PIAI, 10 Nov – Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN) Datuk Ir Hasni Mohammad amat berbesar hati apabila orang muda menyatakan hasrat dan berjanji akan memberi sokongan kepada BN. Komitmen yang diberikan itu katanya sebagai isyarat bahawa kemenangan BN hampir pasti dicapai. “Sebak juga melihat orang muda meluahkan rasa hati mereka. Bukan mudah saya kira untuk orang muda berbuat demikian kerana kita tahu orang muda ini jiwa mereka kental bukan mudah untuk dipengaruhi, mereka ada pemikiran, pertimbangan sendiri. “Orang muda yang kita sedia maklum merupakan peratus yang agak tinggi dalam PRK Tanjung Piai ini. “Kita juga menyedari pilihan raya umum (PRU) yang lalu kekalahan BN adalah kerana orang muda mempunyai bilangan yang ramai dan berdasarkan kajian yang kita buat 63 peratus orang muda tidak bersama-sama...
- Get link
- X
- Other Apps
Dasar Pun ‘Kong Kali Kong’ Sesama Menteri PH Pun Kena Kencing – Noh 11 November 2019 Berita Utama Amin Adnan TANJUNG PIAI, 11 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar membidas pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) yang seringkali bercanggah pendapat dan tidak selari dalam satu-satu perkara. Dalam hal ini beliau memberikan contoh bagaimana isu had umur belia yang baru-baru ini menjadi polemik sedangkan pernah suatu ketika semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu ingin meminda had umur belia bawah 40 tahun, ianya telah dibawa berbincang ke Kabinet namun ramai pihak yang tidak mempersetujuinya. “Ini kerana akta had umur belia bawah 30 tahun yang dipinda oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercanggah pendapat dengan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang menganggap bawah 40 tahun masih lagi belia. “Kepimpinan menteri PH kena ‘kencing’ sesama menteri.” katanya semasa Ceram...