UMNO kekal junjung titah Agong, beriltizam jaga kebajikan rakyat
UMNO kekal junjung titah Agong, beriltizam jaga kebajikan rakyat KqUALA LUMPUR: UMNO sekali lagi mengulangi pendirian bahawa parti Melayu itu dengan jelas menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan Perlembagaan negara. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian tersebut termasuk memastikan negara tidak diisytiharkan darurat sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan. “UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang sudah berkali-kali dikeluarkan tentang peri pentingnya gencatan politik dan Rekonsiliasi Nasional demi mendepani wabak COVID-19. “Selain itu, untuk menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik,” demikian katanya dalam satu kenyataan, awal pagi ini. Terdahulu, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan di Menara Dato Onn selesai selepas empat jam bermesyuarat. Tegas Ahmad Zahid, mana-mana pihak mempersoalkan keputusan UMNO dalam mend...