RISDA SEDIA RM20 JUTA UNTUK INISIATIF AGROM MAKANAN ATASI KEKURANGAN BEKALAN MAKANAN
RISDA SEDIA RM20 JUTA UNTU KINISIATIF AGROMAKANAN ATASI KEKURANGAN BEKALAN MAKANAN KUALA LUMPUR, 30 Mei - Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB menerusi RISDA memperuntukkan sejumlah RM20 juta melalui inisiatif program agromakanan untuk menyokong dan memenuhi dasar agromakanan negara.Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menerusi peruntukan itu, RISDA mensasarkan pengeluaran 600 ribu tan metrik jagung bijian untuk makanan ternakan."Tanaman jagung bijian menjadi fokus RISDA pada tahun ini untuk membantu kerajaan mengurangkan pergantungan import makanan ternakan yang mana kerajaan menyasar mengeluarkan 600,000 tan metrik jagung bijian untuk makanan ternakan dalam tempoh 10 tahun akan datang."Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri RISDA di ibu negara hari ini.Turut hadir, Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif dan Ketua Pengarah RISDA,...