Posts

Showing posts from September, 2022

Tabung Solidariti Bela Jamal raih RM200k lepas dilancarkan – Faizal

Image
TABUNG SOLIDARITI BELA JAMAL RAIH RM200K LEPAS DILANCARKAN - FAIZAL   SEKINCHAN – Gabungan Solidariti Anak Selangor (GSAS) berjaya mengumpulkan sebanyak RM200,000 sebaik sahaja Tabung Solidariti Bela Jamal dilancarkan kurang 30 minit dalam satu majlis, di sini, hari ini. Pengerusinya Faizal Zakaria berkata, sambutan yang menggalakkan itu merupakan mesej jelas daripada rakyat bahawa isu yang diperjuangkan Datuk Seri Jamal Md Yunos selama ini sentiasa mendapat sokongan.“Sambutan yang kita terima hari ini sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar P093 Sungai Besar. Setakat ini kita telah dapat kumpul lebih kurang RM200,000 wang tunai dan tiga cek bernilai RM20,000. “Ini merupakan satu mesej jelas kepada pengundi-pengundi di kawasan ini bahawa perjuangan ini sentiasa disokong. Kita tahu ada usaha dibuat pihak tertentu untuk membisukan suara-suara rakyat. “Isu arak ini satu sentimen yang dekat dengan hati rakyat, terutamanya orang beragama Islam. Isu air juga merupakan hak asasi man...

‘DAH SAMPAI MASA PAS TINGGALKAN BERSATU’ - JAMAL MD.YUNOS

Image
  ‘DAH SAMPAI MASA PAS TINGGALKAN     BERSATU’ - JAMAL MD.YUNOS KUALA LUMPUR: Sudah sampai masanya   Pas   meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi memperkukuh Muafakat Nasional (MN). Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, ini kerana beliau yakin kedua-dua parti itu akan mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, sama seperti seperti sokongan yang diberikan sewaktu siri Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.  “Sudah sampai masanya untuk Pas meninggalkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) supaya boleh mudah diterima. Bergabung kembali dengan UMNO untuk membolehkan MN seiring seperti apa yang telah dirancang. Banyak mesyuarat-mesyuarat, perbincangan telah pun dilakukan di peringkat awal, tetapi akhirnya tergendala ataupun boleh dikatakan hampir musnah kerana gabungan antara Pas dan juga Bersatu.  “Jadi, saya menyarankan, sudah sampai waktunya untuk Pas mem...