YWP PERUNTUKAN RM1 JUTA PENDIDIKAN, KEMAHIRAN ANAK MUDA SETAHUN
YWP PERUNTUKAN RM1 JUTA PENDIDIKAN,KEMAHIRAN ANAK MUDA SETAHUN KUALA LUMPUR: Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menyasarkan peruntukan RM1 juta bagi tahun 2023 membabitkan bantuan aspek pendidikan ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan kemahiran bidang hospitaliti dan penerbangan kepada anak muda keciciran. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zaizalnizam Zainun berkata, YWP mengalu-alukan kerjasama strategik dan sumbangan dari agensi luar syarikat korporat sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Katanya, usaha itu demi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin bandar melalui program pembangunan PESAT iaitu pendidikan, ekonomi, sosial, agama dan teknologi. “Yayasan (YWP) beri peluang ini (bantuan one-off) kepada anak muda yang dapat tawaran ke IPT tetapi tidak mampu menyambung pengajian kerana kekangan kewangan. “Bukan setakat one-off, Yayasan juga menyediakan program Pembangunan Usahawan Anak Muda dengan mencari tapak perniagaan dan beri k...