HORREY X FEST RAYA TAWAR HARGA BORONG ALIFF
HORREY X FEST RAYA TAWAR HARGA BORONG - ALIFF KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, seramai 100 usahawan selebriti bakal berkampung menjayakan festival beli-belah, Hoorrey X Fest Raya, yang berlangsung selama 72 jam, tanpa henti bermula 19 April hingga 21 April nanti. Menariknya, usahawan selebriti yang terlibat dalam jualan borong raya itu bukan sahaja dari Malaysia, malah Singapura, Indonesia dan Rusia. Artis yang bakal terlibat antaranya Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz, Amirchik dan ramai lagi. Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim berkata, festival itu menyaksikan acara membeli-belah terbesar dalam tempoh 72 jam tanpa henti. “Matlamat kami menerusi Hoorrey X Fest Raya ini untuk memberi peluang kepada rakan artis tempatan termasuk p...