CEO HOORAY X FEST RAYA TIDAK MENGAKU BERSALAH MENIPU URUSAN JUALAN TAPAK NIAGA
CEO HOORAY X FEST RAYA TIDAK MENGAKU BERSALAH MENIPU URUSAN JUALAN TAPAK NIAGA KUALA LUMPUR - Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, dua bulan lalu. Bagaimanapun, Muhammad Alif Hakim Jamal, 23, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Marisqa Khalizan. Mengikut pertuduhan, Alif Hakim didakwa menipu Siti Wardina Basir dengan memperdayakan mangsa dalam urusan penyewaan tapak Hooray X Fest di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di WTC pada jam 2.34 pagi pada 19 April lalu, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum maksimum penjara 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. Terdahulu, Alif...