CURI BENIH KERANG BERLELUASA, SEOLAH-OLAH TIADA UNDANG-UNDANG- NELAYAN
CURI BENIH KERANG BERLELUASA, SEOLAH-OLAH TIADA UNDANG-UNDANG NELAYAN SEKINCHAN - Walaupun Jabatan Perikanan Selangor (DoF) sudah melakukan beberapa operasi penguatkuasaan sebelum ini, namun aktiviti kecurian benih kerang di kebun semulajadi di pantai Sungai Leman di sini, masih berleluasa. Meskipun dua operasi DoF sebelum ini berjaya merampas dua bot tunda haram dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri benih kerang, namun ia tidak berupaya melumpuhkan jenayah itu. Sumber MalaysiaGazette memberitahu, aktiviti mencuri sumber laut itu masih berterusan secara terang-terangan yang kini memasuki hari ke-15 sejak ia mula dikesan pada 28 Disember tahun lalu. Sumber berkata, komuniti nelayan di pantai Sungai Leman di sini semakin semakin bimbang dengan kerakusan sindiket itu merompak hasil laut hingga merosakkan ekosistem hasil laut itu apabila terkena bilah motor bot ekor biawak. "Kecurian benih kerang masih giat berlaku jam 10 malam tadi (12 Januari 2024) melibat...