Posts

Showing posts from April, 2024

PJD LINK: KKR BELUM TERIMA RAYUAN RASMI - ALEXANDER

Image
PJD LINK: KKR BELUM TERIMA RAYUAN  RASMI - ALEXANDER KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) belum menerima rayuan daripada pihak Lebuhraya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated (PJD Link) berhubung keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan projek itu. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, KKM juga menafikan wujudnya rundingan antara KKR dan pemaju bagi memastikan projek tersebut tidak dihentikan sepenuhnya. “Setakat ini saya belum tahu kalau dia ada buat kenyataan itu, belum sampai secara rasmi kepada kami,” katanya kepada pemberita, di Pusat Konvensyen CIDB, di sini, hari ini. Semalam, media melaporkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri memutuskan untuk tidak meneruskan projek pembinaan lebuh raya PJD Link. Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, keputusan itu dibuat selepas pemegang konsesinya, gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.Dalam pada itu, Alexander mengesahkan perkara itu seperti mana yang diputuskan dalam...

CARDAO PERKENAL SKIM PEMILIKAN KENDERAAN MAMPU MILIK KHAS UNTUK PEMANDU E - HAILING

Image
CARDAO PERKENAL SKIM PEMILIKAN KENDERAAN MAMPU MILIK KHAS UNTUK PEMANDU E - HAILING KUALA LUMPUR – Cardao Automotif Sdn Bhd memperkenalkan skim pemilikan kenderaan mudah dan mampu milik khas untuk rakan pemandu e-Hailing khususnya Grab yang ingin menaiktaraf kereta sedia ada dari segmen kompak kepada sedan.Pengarah Urusannya, Hafiz Norkhan berkata, tawaran ini membolehkan mereka memiliki kenderaan yang mempunyai ruang kabin lebih besar dan selesa di samping boleh menaiktaraf kategori tempahan dari ekonomi kepada premium. "Pendapatan pemandu e-Hailing hari ini boleh mencecah sehingga RM200 sehari, tetapi bergantung kepada jenis kenderaan yang dipandu. "Hari ini kita tengok dalam bandar, pemandu e-Hailing tertumpu kepada kereta kompak atau kenderaan yang tidak mempunyai kapasiti ruang dalaman yang selesa dan besar. "Kenderaan yang kita ada boleh dikatakan mewah bagi jenama Proton, dengan harga jualan kereta terpakai, ia menyamai harga kereta kompak baharu," katanya ke...

KERAJAAN MADANI KOMITED BELiA GOLONGAN YANG KURANG MAMPU

Image
KERAJAAN MADANI KOMITED BELIA GOLONGAN YANG KURANG MAMPU KUALA LUMPUR, 5 Apr   – Kerajaan  MADANI sentiasa komited serta mengambil berat nasib golongan orang yang kurang berkemampuan dalam memenuhi hasrat pembangunan modal insan khususnya warga Wilayah Persekutuan yang merupakan cerminan kepada imej Malaysia di mata dunia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Zaliha Mustafa berkata kerajaan juga sedar terdapat sebilangan masyarakat yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan buat anak-anak mereka memulakan pembelajaran di sekolah. ” Ini ditambah pula dengan peningkatan kos sara hidup sesebuah keluarga di bandar seperti Kuala Lumpur, ” kata beliau dalam ucapan di Program Bantuan ‘ Back To School ‘ Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah dan Penyerahan Cek Skim Biasiswa Pengajian Tinggi. Program tersebut anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang diadakan di Masjid Muadz bin Jabar, Kuala Lumpur. Majlis Penyerahan Bantuan “Kem...