Posts

Showing posts from August, 2018

PROTES AMAN DI HADAPAN KEDUTAAN AS BANTAH CAMPUR TANGAN POLITIK

Image
Protes aman di hadapan kedutaan AS bantah campur tangan politik 29 OGOS: Satu protes aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) telah diadakan hari ini oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Pemantau Malaysia Baru. Ketika bantahan tersebut, mereka turut menyerahkan satu memorandum menolak campur tangan negara ‘Uncle Sam’ itu dalam urusan politik negara kepada wakil kedutaan. Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam yang ditemui selepas penyerahan memorandum tersebut memberitahu tujuan mereka mengadakan bantahan itu adalah susulan pendedahan seorang pegawai International Republican Institute (IRI), Daniel Twinning bahawa mereka membiaya dan mencampuri urusan politik negara ini. “Pagi ini Pemantau Malaysia Baru dan beberapa NGO lain, kita telah menghantar satu memorandum bantahan kepada Kedutaan AS. Kita nyatakan bantahan kita kepada Presiden AS, Donald Trump. “Ianya berhubung dengan pendedahan yang dibuat oleh Daniel Twinning sal...

ANAK KEPADA PENGERUSI GABUNGAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) MALAYSIA MEMBUKA BUTIK AD SCARVES

Image
AMPANG – Anak kepada Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia,  Datuk Seri Jamal Md Yunos, Muhammad Amin Danial, kini menceburi bidang perniagaan dengan membuka butik AD Scarves berhampiran sebuah pusat membeli belah di sini. Muhammad Amin Danial berkata, beliau memilih membuka butik tersebut apabila melihat dunia fesyen berhijab turut menampilkan corak dan rekaaan eksklusif bagi mewarnai penampilan seorang muslimah moden masa kini. “enggayaan tudung jugamampu memainkan peranan penting bagi membentuk penampilan  yang cantik dan kemas bagi seorang muslimah,” katanya. Beliau berkata, butiknya mempamerkan tudung asli dengan cetakan terhad. “Saya bersama beberapa kakitangan butik pergi sendiri ke Turki untuk memilih material terbaik serta corak ekslusif untuk dibawa pulang ke tanah air,” katanya. Muhammad Amin Danial berkata, beliau memilih membuka butik tersebut apabila melihat dunia fesyen berhijab turut menampilkan corak dan r...

TUNGGU VIDEO PENDEDAHAN JOKOWI

Image
Tunggu video pendedahan Jokowi - Jamal KUALA LUMPUR - Datuk Seri Jamal Yunos meminta masyarakat menunggu video oleh Presiden Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang mendedahkan kisah benar penahanannya di Indonesia sebelum ini. Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, dalam video tersebut, Jokowi sebenarnya dimaklumkan beliau perlu ditahan dan dibawa balik ke Malaysia kerana merupakan suspek utama dengan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Jelas beliau, arahan itu datang daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkunjung ke republik itu bertemu Jokowi pada hujung Jun lalu. “Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia supaya membantu Polis Diraja Malaysia menjejaki saya di Indonesia pada 2 Jun lalu. “Namun permintaan itu tidak dilayan oleh polis Indonesia kerana enggan melayan kes saya yang dianggap kecil buat mereka. “Namun apabila Mahathir datang ke sana dan bertemu Jokowi...

KETUA UMNO BAHAGIAN SG BESAR DATUK SERI JAMALMD YUNOS MEMUJI DATUK SERI ANUAR IBRAHIM SEBAGAI PEMIMPIN YG HEBAT

Image
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memuji Datuk Seri Anuar Ibrahim sebagai pemimpin yg hebat  Datuk Seri Jamal Md Yunos KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin hebat dan perlu diberi penghormatan. Menurutnya, beliau kagum dengan ketahanan mental bekas Ketua Umum PKR itu terutamanya ketika beliau menjalani hukuman penjara selama bertahun-tahun. Tambah Jamal yang baru dibebaskan dari penjara baru-baru ini, beliau mendakwa akhirnya memahami mengapa Anwar merupakan seorang pemimpin hebat. “Ketika itu (berada dalam penjara) saya salute (sanjung) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Macam mana jiwa, raga, hatinya, mentalnya cukup kental. “Apabila di sana (penjara), saya dapat rasakan macam mana beliau adalah seorang manusia, pemimpin yang cukup hebat dan perlu diberikan satu penghormatan,” katanya memetik laporan Malaysiakini. Dalam pada itu, m...