Wanita Umno Sabah Bersedia Pastikan Kimanis Milik BN – Jainab Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis akan menjadi medan untuk membuktikan bahawa rakyat Sabah menghargai autonomi yang diberikan oleh parti dan bersedia memastikan kerusi Parlimen ini tetap milik Barisan Nasional (BN). Katanya, jentera Wanita UMNO Sabah sudah bersiap sedia untuk bekerja dalam PRK Kimanis ini. Jelas beliau, anggota jentera parti bukan hanya Wanita tapi turut bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO yang akan bergerak ke semua kawasan di Kimanis untuk mendekati pengundi. “Kalau pengundi di bawah berumur 40 tahun, Puteri dan Pemuda yang akan menjadi JR tetapi apabila pengundi yang berumur 40 tahun ke atas ketua wanita dan ketua cawangan yang akan menjaganya. “Kami komited dan berminat serta perlu memahami kehendak pengundi iaitu dari mula sehingga selesai PRK, dan kami akan memastikan rakyat khusunya pengundi di Kimanis mempunyai maklu...
Posts
Showing posts from December, 2019
YAYASAN ERA SURIA UNTUK ANAK MUDA
- Get link
- X
- Other Apps
Yayasan Era Suria untuk anak muda 11 December Pertaling Jaya - Yayasan Era Suria yang diketuai oleh Saudara Zulkifli Bujang, Pengerusi Lembaga Penasihat Yayasan Era Suria menyantuni anak-anak di Pusat Jagaan Anak-anak Cacat Taman Megah, Petaling Jaya. Yayasan Era Suria hari ini menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada anak-anak di Pusat Jagaan ini. Menurut Zulkifli, dalam tempoh 2-3 bulan ini pihak Yayasan akan lakukan beberapa lagi lawatan ke rumah atau pusat jagaan bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi. Yayasan Era Suria juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya syarikat-syarikat korporat untuk bersama sama membantu dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak. Yayasan Era Suria menyasarkan sifat kesukarelawanan kepada golongan belia. Selain mendidik golongan belia, pihak Yayasan juga menyediakan satu platform untuk anak muda untuk lebih maju kehadapan dalam suatu bidang seperti perniagaan online dan sebagainya #YayasanE...
- Get link
- X
- Other Apps
Saya sudah ‘bisik dan jeling-jeling’ MIC tentang permohonan Kimma – Ahmad Zahid By Kasthuri Jeevendran - 8 December 2019 Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi (kiri) bercakap sesuatu dengan Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA), Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader (kanan) pada Perhimpunan Agung KIMMA Kali Ke-42 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2019 KUALA LUMPUR – Presiden Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan sahaja melahirkan rasa kagum malah tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih kepada semua jasa yang ditabur oleh Kongres India Muslim Malaysia (Kimma). Malah Ahmad Zahid juga mengaku beliau cukup faham dengan sentimen serta suara akar umbi parti India Muslim itu yang mahu menjadi sebahagian daripada komponen BN sejak dulu lagi. Kata Ahmad Zahid, beliau sedia maklum dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan BN di baw...
- Get link
- X
- Other Apps
Janji manis, slogan serta laungan kononnya peruntukkan geran sebanyak RM100 juta kepada Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) di bawah Pakatan Rakyat (PH) bagi komuniti ini demi menjamin masa depan lebih baik daripada kerajaan terdahulu tidak lebih daripada retorik. Malah peruntukan yang diberikan untuk pembangunan modal insan selain menambah baik sosioekonomi, kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan wanita juga pembangunan kemahiran masyarakat India sebenarnya juga ‘memilih bulu’. Itu luahan hati oleh Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Datuk Seri Datuk Seri Syed Ibrahim Kader hari ini apabila mendedahkan bagaimana secara peribadi beliau terpaksa menempuhi pengalaman seumpama itu dengan kerajaan PH yang seolah-olah mempolitikan peruntukan tersebut. Dakwa beliau di hadapan lebih 900 perwakilan ketika Perhimpunan Agung Kimma yang ke-42 hari, MITRA bertindak membatalkan permohonan parti itu dalam tempoh beberapa jam sahaja selepas mendapati mereka menyokong kerajaan ter...
- Get link
- X
- Other Apps
Pindaan Perlembagaan Parti Selaras Naratif Politik Baharu – Dr Ahmad Zahid 6 December 2019 Berita Lain , Berita Utama KUALA LUMPUR, 6 Dis – Pindaan beberapa Fasal dalam Perlembagaan UMNO adalah bertujuan untuk menjadikan parti selaras dengan naratif politik baharu, ujar Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ujarnya, pindaan yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu akan menyentuh beberapa Fasal seperti kedudukan Pergerakan Wanita, keahlian ahli bersekutu, autonomi politik Sabah dan lain-lain lagi. “Pindaan ini dilakukan untuk memastikan kelangsungan bahtera UMNO belayar megah walaupun dilanda ombak, badai mahupun tsunami politik. Kita bertanggungjawab penuh untuk merekayasa UMNO sesuai dengan kemahuan dan aspirasi rakyat. “Justeru UMNO perlu mempercepatkan pembaharuan nilai, ideologi dan pemikiran politik. “Kita pernah terperangkap dalam pemikiran dan budaya politik kurun ke-20...
- Get link
- X
- Other Apps
5 December 2019 KUALA LUMPUR, 5 Dis – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kewujudan laman web rasmi UMNO iaitu umno.org.my mampu memberikan gambaran yang lebih luas rakyat terhadap parti. Dengannya ia akan menjadi akses dan laluan mudah kepada masyarakat untuk mengenali UMNO dengan lebih dekat di samping dapat melihat betapa besarnya jasa UMNO di dalam membina negara bangsa Malaysia ini, ujarnya lagi. “Saya harap dengan adanya laman web rasmi UMNO ini akan lebih memberikan gambaran yang lebih luas kepada masyarakat di luar sana dan mereka dapat mengenal UMNO dengan lebih dekat lagi. “Inilah cara sepertimana cakap orang tua-tua ‘kalau tak kenal, maka tak cinta’. Bila mereka dah kenal, melihat jasa-jasa UMNO, idealogi UMNO, perjuangan UMNO, apa yang UMNO telah sumbang bakti kepada negara ini saya yakin orang akan melihat UMNO daripada perspektif yang berlainan. “Daripada mendengar segala tuduhan dan tohmahan ter...