Posts

Showing posts from February, 2020
Image
BN, PAS, PBRS Tolak Gabungan, Mahu Parlimen Dibubarkan KUALA LUMPUR, 25 Feb – Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) hari ini sepakat menolak sebarang gabungan  yang membabitkan Dap dan mahukan Parlimen dibubarkan. Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media khas di PWTC, di sini, sebentar tadi. Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan dan Timbalan Presiden PBRS,  Arthur Joseph Kurup. Beberapa Ahli Parlimen lain turut bersama pada sidang media tersebut. Menjelaskan lebih lanjut, Annuar Musa berkata terdapat cadangan selepas terlantiknya  Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk beliau membentuk apa yang disebut sebagai ‘unity government’. Katanya berasaskan kepada kemungkinan untuk membentuk satu keraja...
H : BN, PAS tarik balik SD sokong PM Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur Feb 25/02/20 Barisan Nasional (BN) dan PAS menarik balik akuan bersumpah (SD) menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendirian itu terpaksa dibuat berikutan wujud cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan daripada Perdana Menteri. “Kita buat ketetapan sokongan kepada Perdana Menteri untuk bentuk gabungan tanpa DAP terpaksa kita tarik balik. “SD yang kita sampaikan kepada Yang Dipertuan Agong, beri sokongan kepada Perdana Menteri hanya terhad kepada membentuk gabungan baru tanpa DAP. “Apa-apa selaian daripada itu, sokongan tidak sah. Sokongan pada Ahad lalu kita tarik balik,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan, berkata gabungan pembangkang juga menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya mereka cuba untuk marampas kuasa daripada...
Wartawan NSTP Kuala Lumpur: MCA akur dengan sebarang keputusan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan perkembangan semasa politik negara. Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata apa yang berlaku sejak semalam adalah di luar jangkaan. "Bagi saya, apa saja keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, kita akan ikut sajalah. Sekarang situasi bukan lagi dikawal oleh kita, jadi terpulang kepada pihak istana. "Jika ditakdirkan kena buat pilihan raya umum, kita kena berdepan (pilihan raya)," katanya ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini, hari ini. s
BN CUKUP KERUSI- DATUK  M SARAVANAN Kuala Lumpur : “Keadaan yang meyakinkan”. Reaksi Timbalan Presiden MIC Datuk M Saravanan susulan pembentukan semula kerajaan yang dijadualkan dalam masa terdekat. Katanya, Barisan Nasional (BN) memang mempunyai jumlah kerusi sebelum ini dan semua ahli parlimen sedang bersedia untuk dipanggil ke Istana Negara. Menurutnya ia membabitkan gabungan baru yang akan diumumkan Pengerusi Barisan Nasional. Ditanya mengenai Gabungan Parti Sarawak yang dikatakan menarik diri daripada pakatan baharu beliau berkata, setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai perkara itu. “Saya belum dengar pengumuman rasmi mengenai GPS,” katanya. sumber NSTP
Image
Peniaga Uptown Danau Kota mahu namakan 2 pihak, termasuk YB, dalam laporan SPRM Faiz Zainudin  - February 20, 2020 6:27 PM Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah Ridzuan (tengah), pada sidang media berhadapan tapak sementara Bazaria Wangsa Maju, hari ini. KUALA LUMPUR:Selepas gagal mendapat tempat di tapak baru, peniaga Uptown Danau Kota akan membawa isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah yang mewakili 320 peniaga tapak lama berkata, keputusan itu dibuat apabila kos lebih RM2 juta untuk pembinaan tapak sementara Bazaria Wangsa Maju sangat meragukan selain mendakwa ia dibuat tanpa melalui tender terbuka. Menerusi laporan SPRM itu pihaknya akan menamakan 2 pihak, termasuk seorang daripadanya individu bergelar YB. “Jadi dalam isu ini, Ikhlas juga akan bawa dan heret perkara ini kepada SPRM. Biar ...
Image
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah bercakap pada sidang media berkenaan nasib 320 peniaga Uptown Danau Kota di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 FEBRUARI 2020 KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (Ikhlas) akan menyerahkan bukti salah laku rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembinaan tapak sementara UpTown Danau Kota di sini. Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, kerja-kerja pembinaan tapak yang bernilai lebih RM2 juta dianugerahkan secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka sebagaimana yang disyaratkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). “Jadi dalam isu ini Ikhlas juga akan bawa dan heret isu ini kepada SPRM. Segala bukti kita hantar kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad (pada 4 Februari 2020), (lepas ini) kita akan bagi kepada SPRM. “Biar SPRM siasat pemimpin yang terlibat. Itu syarikat pe...

'SATU RINGGIT SATU RASA' JADIKAN MAKANAN TRADISI MAMPU DIRASAKAN

Image
'SATU RINGGIT SATU RASA' JADIKAN MAKANAN TRADISI MAMPU DIRASAKAN PUCHONG, Selangor (6 Februari 2020) Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak akan lengkap jika tidak disajikan dengan makanan tradisi, lebih-lebih apabila ia dinikmati dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, pada 27 Februari ini bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Jalan Ampang Kuala Lumpur, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisi mampu milik dengan konsep 'Satu Ringgit, Satu Rasa' Wakil penganjur, Khairul Husni Othman berkata, Inisiatif Karnival Makanan Tradisi Rakyat Malaysia, Satu Ringgit Satu Rasa itu dijalankan oleh pihak swasta dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia, menyediakan lebih 100 menu masakan dan kuih tradisi rakyat. "satu kedai ada 10 menu jadi bila dia nak rasa contohnya karipap bayar satu ringgit satu karipap jadi saut ringgit satu lempeng . Jadi orang tak mampu dia mampu bayar satu ringgit", katanya dalam sidang media di sini, hari in...
06/02/2020 Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak akan lengkap jika tidak disajikan dengan makanan tradisi, lebih-lebih apabila ia dinikmati dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, pada 27 Februari ini bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Jalan Ampang Kuala Lumpur, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisi mampu milik dengan konsep 'Satu Ringgit, Satu Rasa' Inisiatif Karnival Makanan Tradisi Rakyat Malaysia, Satu Ringgit Satu Rasa itu dijalankan oleh pihak swasta dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia, menyediakan lebih 100 menu masakan dan kuih tradisi rakyat. "satu stall ada 10 menu bila dia nak rasa contohnya karipap bayar satu ringgit satu karipap . jadi kalau orang tak mampu dia  bayar satu ringgit" (mou 10 SIGN tc pakai tengkolok) Dianjurkan bersama syarikat swasta G313B Ventures Malaysia Sdn Bhd dengan sokongan Winner Dynasty Group, Karnival Makanan Tradisi Rakyat Malaysia, Satu Ringgit Satu Rasa tidak terhenti di Matic. ...