06/02/2020
Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak akan lengkap jika tidak disajikan dengan makanan tradisi, lebih-lebih apabila ia dinikmati dengan harga yang berpatutan.
Oleh itu, pada 27 Februari ini bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Jalan Ampang Kuala Lumpur, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisi mampu milik dengan konsep 'Satu Ringgit, Satu Rasa'
Inisiatif Karnival Makanan Tradisi Rakyat Malaysia, Satu Ringgit Satu Rasa itu dijalankan oleh pihak swasta dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia, menyediakan lebih 100 menu masakan dan kuih tradisi rakyat.
"satu stall ada 10 menu bila dia nak rasa contohnya karipap bayar satu ringgit satu karipap . jadi kalau orang tak mampu dia bayar satu ringgit"
(mou 10 SIGN tc pakai tengkolok)
Dianjurkan bersama syarikat swasta G313B Ventures Malaysia Sdn Bhd dengan sokongan Winner Dynasty Group, Karnival Makanan Tradisi Rakyat Malaysia, Satu Ringgit Satu Rasa tidak terhenti di Matic.
Tambah Khairul Husni, inisiatif itu akan dikembangkan lagi ke seluruh Malaysia dengan Sabah sebagai destinasi seterusnya sebelum ke seluruh tanah air.
Antara menu menarik adalah nasi kerabu, nasi dagang, satay, gulai ikan patin Pahang,jus buah-buahan dan kuih tradisional, dijual dengan harga satu ringgit.
EN KHAIRUL HUSNI OTHMAN WAKIL PENGANJUR G313B