PELANCARAN TSS KENCANA &        PEMBUKAAN DMS AUTO GARAGE


Kuala Lumpur: Koperasi Usaha Maju Kuala Lumpur Berhad (Komaju) komited untuk menggalakkan orang ramai membeli emas fizikal daripada pihaknya.

Pengerusinya, M Nasir Ramli berkata, ini kerana Komaju buat pertama kali bekerjasama dengan Tawafuq Consultancy yang akan hadir setiap bulan bagi menilai dan memantau pergerakan supaya patuh syariah.

"Apa yang berlaku sebenarnya adalah pihak yang kononnya menjual emas tetapi sebenarnya tiada emas. Itu yang menyebabkan berlakunya penipuan.

"Di Komaju, kita simpan emas untuk pelaburan patuh syariah. Setiap tahun kita akan beri 'high annual return' sekitar enam ke sembilan peratus kepada pelanggan menerusi skim Mudrabah.

"Malah, kita juga menawarkan khidmat untuk membeli semula emas dan jaminan turut diberikan kepada pelanggan," katanya, di sini.

Mengulas lanjut, Nasir berkata, emas yang dijual Komaju adalah menerusi pembelian atas talian di portal rasminya.

Selain itu katanya, Komaju juga dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mana aturan dan program harus mendapat kelulusan serta didaftar terlebih dahulu.







Popular Posts