Posts

Showing posts from November, 2020

ORANG POLITIK BANYAK CAKAP, BANYAK JANJINYA, TAPI TIADA HASIL, KATA NAJIB

Image
ORANG POLITIK BANYAK CAKAP, BANYAK JANJINYA, TAPI TIADA HASIL, KATA NAJIB .KUALA  LUMPUR – Wakil rakyat khususnya pemimpin negara diingatkan supaya bercakap sekadar retorik semata-mata tanpa mengambil kira kepada pencapaian, lebih-lebih lagi apabila berjanji kepada rakyat. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan, ini kerana ramai wakil rakyat hanya banyak bercakap dan menabur janji sedangkan masih gagal menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat. “Waktu saya jadi Perdana Menteri, saya memang utamakan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.“Maknanya kita jangan cakap saja, jangan kita ucapkan dalam bentuk retorik saja, tetapi kita mesti tegaskan pencapaian diutamakan. “Sebab orang politik banyak cakap dia, orang politik banyak janjinya, janjinya tapi tak ada keberhasilannya,” katanya ketika berucap pada Sesi Penyampaian Cek Pampasan kepada 15 keluarga Kg Kastam, Gelugor, Pulau Pinang di kediamannya di Taman Duta, hari ini. Hadir sama Presiden Makkal Sakthi...

KINI GOLONGAN ASNAF PULA MENERIMA SUMBANGAN DARI YAYASAN WINNER EMPEROR SEDUNIA

Image
 KINI GOLONGAN ASNAF PULA   MENERIMA SUMBANGAN DARI    YAYASAN WINNER EMPEROR     SEDUNIA                       Kuala Lumpur: Pucuk dicita ulam mendatang. Perumpamaan itu sesuai menggambarkan perasaan sepasang suami isteri kurang upaya, Bakri Abdul Latiff dan isterinya Hidayah Othman.   Ini kerana kehidupan mereka terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apatah lagi hanya bergantung harap dengan kerja sebagai tukang urut. Bakri yang menghadapi masalah penglihatan sejak lahir mencari turut mendapat upah dengan menjadi pemuzik jalanan di sekitar ibu negara."Kebetulan memang mesin basuh rumah saya rosak. Mujur ada pihak yang memberi bantuan kepada keluarga saya.   "Pergerakan saya dibantu isteri setiap hari, termasuk ketika mengurut pelanggan. Adalah pendapatan sikit-sikit kerana saya juga dibantu anak-anak. Tapi  memang waktu PKPB ini keluarga kami t...
KUALA LUMPUR – Pemuda Perikatan Naisonal (PN) Parlimen Titiwangsa hari ini membuat laporan polis menuntut tindakan penangkapan dan ekstradisi terhadap Wee Meng Chee atau Namewee. Menurut ketua penerangannya, Zuan Azmi, langkah itu perlu disegerakan berikutan tindakan biadab Namewee memuat naik poster filem b Tuertajuk ‘Babi’ didakwa menghina orang Melayu di negara ini. “Saya minta pihak polis mungkin boleh iringi dia dari luar negara, sekarang dia berada di Taiwan, kalau asyik duduk di sana, tak balik sini, tak bersemuka dengan kita, tidak bersemuka dengan orang Malaysia yang dia buat provokasi dan hinaan, macam mana kes ini nak selesai. “Jadi saya minta PDRM agar buat tindakan ini (ekstradisi), ambil dia di Taiwan, selesai kes dan tolong siasat dia,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini. Beliau mengulas poster filem terbaru Namewee bertajuk ‘Babi’ yang dimuat naik di Facebook miliknya, pada 18 November lalu, mem...
Image
  Razlan desak kerajaan padam segera ‘api’ provokasi UMANY By   Muhammad Azizul Osman  -   6 November 2020 Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii serta yang lain menunjukkan laporan polis mengenai kebiadapan Gerakan Subersif Persatuan UMANY terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 NOVEMBER 2020 KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta bertegas dengan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) yang didakwa melakukan provokasi melampau terhadap institusi raja berperlembagaan di negara ini. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razlan Rafii juga mahu kerajaan memantau aktiviti pertubuhan pelajar itu agar tidak terus menjadi ‘api’ yang memusnahkan perpaduan masyarakat. Kita minta kerajaan, PDRM (Polis Diraja Malaysia) lebih tegas sebab kita tidak mahu gerakan ini menjadi besar. Kalau boleh kita gunakan akta yang berkaitan seperti SOSMA sebab jelas mereka ini cuba untuk mengha...
  KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) meminta kerajaan meminda akta dan menyenaraikan aktiviti penanaman ketum sebagai perkara yang menyalahi undang-undang serta termaktub dalam Akta Dadah Berbahaya 1952. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, buat masa ini, tidak dinyatakan aktiviti penanaman tumbuhan berkenaan termasuk dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang berbeza dengan memiliki, memproses, menjual atau meminumnya. Menurutnya, ketika Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang Julai lalu, Menteri Dalam Negeri bersetuju supaya dua jawatankuasa kerja teknikal dibentuk. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Dr Sabri Zainuddin Zainul dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi. Selain itu, katanya, AADK juga berharap kerajaan dapat meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) kepada Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substance termasuk ketum dan gam. "Secara das...

DERMAWAN MUDA TEKAD MAHU BANTU RAKYAT PELBAGAI BANGSA

Image
DATO SRI LIOW SOON HEE, USAHAWAN DERMAWAN   MUDA MALAYSIA, MENYUMBANG KALI KETIGA RM   100,000 LAGI KEPADA KUIL HINDU DI AMPANG Isnin - 9hb Nov 2020, Sekali lagi, Dato Sri Liow Soon Hee menyumbang bagi tempat ibadat tanpa mengira agama atau bangsa. Kali ini beliau terus menyumbang untuk kali ketiga sebanyak RM 100,000 lagi untuk penyelenggaraan dan pemeliharaan Kuil Hindu Sri Maha Muniswarar di Ampang, Selangor dan pembinaan kuil baru.  Dermawan termuda Malaysia, Dato Sri Liow Soon Hee percaya dapat membantu semua tempat ibadat seboleh yang mungkin dan ini adalah ansuran ketiga berjumlah RM 500,000 yang dijanjikan untuk pembinaan kuil baru bersebelahan dengan kuil lama yang asal. Ini untuk menampung lebih ramai penganut kerana kuil ini telah wujud selama bertahan-tahun dahulu. Dato Sri Liow Soon Hee memberikan sumbangan pertama sebanyak RM 100,000 pada Disember 2019 diikuti dengan RM 100,000 lagi pada bulan Julai yang lalu. Sumbangan hari ini berjumlah RM 100,00...
Image
Belanjawan 2021: Sektor pengangkutan, logistik tidak diabaikan SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan dan kerajaan kerana di sebalik beban menangani pandemik Covid-19, pembangunan sektor pengangkutan dan logistik tidak diabaikan. Ini menunjukkan kematangan kerajaan dalam mengiktiraf peranan sektor pengangkutan dan logistik dalam menjamin kesejahteraan rakyat, terutamanya di dalam situasi yang tidak menentu sekarang ini. 1. Perkara pertama yang paling menarik perhatian saya ialah tiadanya pengumuman peruntukan kewangan bagi menyelamat industri penerbangan awam negara yang dilanda masalah kewangan akibat dari kekangan perjalanan udara. 2. Secara umumnya, Bajet 2021 merangkumi 3 strategi utama bagi sektor pengangkutan dan logistik: a. Meningkatkan kemahiran dan kepakaran pekerja sektor pengangkutan dan logistik; b. Memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam; c. Menjadikan sistem pengangkutan dan logistik sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi, integrasi nasional dan...