KINI GOLONGAN ASNAF PULA MENERIMA SUMBANGAN DARI YAYASAN WINNER EMPEROR SEDUNIA

 KINI GOLONGAN ASNAF PULA   MENERIMA SUMBANGAN DARI   YAYASAN WINNER EMPEROR     SEDUNIA                     

Kuala Lumpur: Pucuk dicita ulam mendatang. Perumpamaan itu sesuai menggambarkan perasaan sepasang suami isteri kurang upaya, Bakri Abdul Latiff dan isterinya Hidayah Othman.

  Ini kerana kehidupan mereka terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apatah lagi hanya bergantung harap dengan kerja sebagai tukang urut.

Bakri yang menghadapi masalah penglihatan sejak lahir mencari turut mendapat upah dengan menjadi pemuzik jalanan di sekitar ibu negara."Kebetulan memang mesin basuh rumah saya rosak. Mujur ada pihak yang memberi bantuan kepada keluarga saya.

  "Pergerakan saya dibantu isteri setiap hari, termasuk ketika mengurut pelanggan. Adalah pendapatan sikit-sikit kerana saya juga dibantu anak-anak. Tapi  memang waktu PKPB ini keluarga kami terjejas teruk ," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Setiap hari, isterinya yang cacat kedua-dua belah tangan menjadi
pembantunya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain

Dia menerima bantuan daripada Pengasas Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Winner Emperor Group Datuk Seri Liow Soon Hee.Seorang lagi penerima Alias Mohd Ali, 57, berkata dia berterima kasih atas bantuan diberikan kerana dia hanya mampu terlantar di atas katil akibat strok.Derita hidupnya bertambah apabila anaknya Ariza Diana, 34 disahkan menghidap kanser payu dara. Katanya, ia dapat mengurangkan beban ditanggung keluarga yang perlu menampung kos rawatan untuk dia dan anaknya itu. Sementara itu Soon Hee berkata, pihaknya menyumbangkan barangan keperluan asas kepada dua keluarga itu bagi meringankan beban ditanggung.

 "Kami menghantar bantuan berbentuk keperluan harian. Bantuan kerusi roda dan mesin basuh serta tilam juga diberikan."Kita faham, situasi sekarang memang getir terutama kepada mereka yang ditimpa musibah seperti sakit dan sebagainya.  "Kita akan teruskan program tanggungjawab sosial korporat seperti ini pada masa akan datang kerana masih ramai yang memerlukan bantuan segera," katanya.#kw bakri, oku, bantuan, ngo

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER