DUA VIDEO MEMFITNAH SAYA - ISMAIL SABRI
DUA VIDEO MEMFITNAH SAYA - ISMAIL SABRI KUALA LUMPUR – Penularan dua video pendek memfitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kononnya mengingkar Perintah Kawalan Pergerakan berniat jahat dan juga mahu menimbulkan kebencian antara kaum. Mengelak keadaan bertambah rumit, setiausaha akhbar menteri kanan berkenaan, Azlina Md Rosdy membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini. Dalam kenyataan laporan polis yang dibacakan oleh Azlina, Ismail Sabri berkata, kedua-dua video pendek yang ditularkan oleh dua akaun Facebook, Anwar Ibrahim PM Rakyat dan akaun kedua bernama Anina Saadudin. Katannya, video pendek yang pertama adalah ketika beliau membuat sidang media harian berkaitan Covid-19 pada 14 Februari 2020 dan ia ditularkan kononnya ia adalah sidang media terbaru dan ia seakan bertujuan mengelirukan rakyat kononnya tiada lagi saman dan kompuan akan dikenakan sekiranya melanggar SOP sebaliknya rakyat akan terus dipenjarakan. “Manakala video kedua yang tular dan diberi ta...