PAPSMA RAYU PM BERI KELONGGARAN - MEGAT FAIROUZ
PAPSMA rayu PM beri kelonggaran - Megat Fairouz KUALA LUMPUR 06/06/22 = Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) merayu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar melonggarkan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh meliputi semua ahli Pertubuhan Ejen Rekrutmen Antarabangsa Bangladesh (BAIRA). Presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata, kelulusan itu sewajarnya diberikan kepada semua ejen pekerja asing dan tidak terhad kepada 25 agensi pekerjaan semata-mata. "PAPSMA sebagai suatu persatuan khas bagi syarikat-syarikat agensi pekerjaan berlesen C dan mempunyai ramai ahli yang pakar serta berpengalaman dalam pengrekrutan pekerja Bangladesh ke Malaysia. "Kami menyeru kerajaan supaya tidak lagi menangguhkan proses kemasukan pekerja Bangladesh yang kini sudah berkemahiran dan siap sedia dengan status dapat menyesuaikan diri untuk memenuhi kekosongan yang sedia ada di negara kita dengan secepat mungkin. "D...