Posts

Showing posts from February, 2023

LIMA PELAJAR TAHFIZ CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM DAN DAPAT PENGHARGAAN DARI PERKIM CAW WANITA ULU KELANG

Image
LIMA PELAJAR TAHFIZ CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM DAPAT PENGHARGAAN DARI PERKIM CAW WANITA ULU KELANG Kuala Lumpur: Lima pelajar tahfiz yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu menerima penghargaan daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini, semalam. Pelajar berkenaan terdiri daripada mereka yang menerima bantuan dalam bentuk pendidikan tambahan dan kelas tuisyen khas bagi calon SPM yang dibiayai sepenuhnya oleh Perkim. Penerima penghargaan berkenaan, Nurul A'tikah Mohd Saupi,19, yang memperoleh 9A mengakui kelas tuisyen yang dijalankan Perkim banyak membantu dirinya untuk menyiapkan diri menghadapi SPM. "Tuisyen ini memang bagus dan cikgu yang mengajar kami semuanya berpengalaman dan banyak membantu saya menghafal point penting semasa ulang kaji. "Sekarang saya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan asasi syariah undang-undang. "Perancangan jangka panjang saya berharap dapat meneruskan pengaj...

YWP BERI PELUANG GOLONGAN TERCICIR, BEKAS BANDUAN

Image
YWP BERI PELUANG GOLONGAN TERCICIR, BEKAS BANDUAN KUALA LUMPUR: Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Jika diberi peluang kedua, janganlah disia-siakan kerana bukan mudah untuk membentuk kepercayaan semula dan memberikan kembali. Justeru, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) mahu memberi peluang kedua kepada individu yang mempunyai sejarah kesalahan kecil undang-undang atau lebih dikenali sebagai banduan kemahiran dan penempatan pekerjaan lebih baik untuk mereka. Golongan ini antara 2,000 warga Wilayah Persekutuan membabitkan belia, gelandangan, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, dan golongan tercicir yang dibantu YWP bagi fasa pertama. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zaizalnizam Zainun, YWP membantu dalam aspek mendapatkan sijil, latihan industri dan penempatan kerja melalui program hospitaliti dan operasi darat industri penerbangan menerusi kolaborasi institusi pengajian tinggi (IPT) berkaitan. “Bekas banduan juga golongan penting y...