LIMA PELAJAR TAHFIZ CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM DAN DAPAT PENGHARGAAN DARI PERKIM CAW WANITA ULU KELANG

LIMA PELAJAR TAHFIZ CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM DAPAT PENGHARGAAN DARI PERKIM CAW WANITA ULU KELANG

Kuala Lumpur: Lima pelajar tahfiz yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu menerima penghargaan daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini, semalam.

Pelajar berkenaan terdiri daripada mereka yang menerima bantuan dalam bentuk pendidikan tambahan dan kelas tuisyen khas bagi calon SPM yang dibiayai sepenuhnya oleh Perkim.

Penerima penghargaan berkenaan, Nurul A'tikah Mohd Saupi,19, yang memperoleh 9A mengakui kelas tuisyen yang dijalankan Perkim banyak membantu dirinya untuk menyiapkan diri menghadapi SPM.


"Tuisyen ini memang bagus dan cikgu yang mengajar kami semuanya berpengalaman dan banyak membantu saya menghafal point penting semasa ulang kaji.

"Sekarang saya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan asasi syariah undang-undang.

"Perancangan jangka panjang saya berharap dapat meneruskan pengajian ke peringkat sarjana," katanya.

Bapa kepada seorang pelajar, Mohd Hisham Mat Isa yang berniaga kecil-kecilan meluahkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Perkim atas kejayaan anak lelakinya yang turut cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Mohd Hisham, 49, berkata, hasil bimbingan guru tuisyen yang berpengalaman, anaknya yang merupakan pelajar sebuah tahfiz di Klang berjaya mendapat hasil memberangsangkan walaupun pada peringkat awal tidak begitu cemerlang setiap kali peperiksaan.

"Hasil kelas tuisyen Perkim ini saya lihat memang memang memberi impak yang positif kepada anak saya. Guru yang mengajar juga saya lihat memang mahukan anak-anak murid mereka berjaya.

"Bukan sekadar kerja makan gaji sahaja. Guru-guru ini memang nak lihat pelajar berjaya malah guru sendiri hubungi pelajar untuk bertanya 'faham ke?' 'ok ke?' membuatkan pelajar semangat nak belajar," katanya. 

Penghargaan kepada mereka itu disampaikan isteri Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad.Sementara itu,juga Perkim berjaya mengutip Mengikut laporan bendahari Pn Faridah Bt Mohd Isa anggaran kutipan adalah sebanyak RM78,800 menerusi Majlis Makan Malam Bersama Perkim Cawangan Wanita Ulu Kelang di sini, semalam.Kutipan sumbangan berkenaan dijalankan menerusi jualan 36 meja jamuan makan malam yang berharga bermula RM1,800, RM3,000 dan RM5,000 kepada individu  persendirian serta syarikat swasta.

Pengerusi Perkim Cawangan Wanita Ulu Kelang Datin Suhana Sulaiman berkata, kutipan dana pada majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu akan disalurkan kepada golongan memerlukan menerusi pelbagai aktiviti kebajikan.

"Hasil sumbangan ini kita akan salurkan pada kerja-kerja kemasyarakatan. Kita salurkan kepada majlis ilmu di masjid, kita bantu anak-anak Orang Asli dan kita juga beli barang keperluan sekolah untuk mereka.

"Kami juga salurkan ke rumah orang tua di mana kita ada beri rawatan spa kepada warga emas ini," katanya ketika ditemui.

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER