DEDAK PM, KDN BEBASKAN 69 TAHANAN SOSMA ,ANCAM MOGOK LAPAR
DEDAK PM, KDN BEBASKAN 69 TAHANAN SOSMA ,ANCAM MOGOK- LAPAR KUALA LUMPUR - Seramai 69 tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Sg Petani akan melancarkan mogok lapar pada 30 Julai ini. Presiden Kebangsaan Nambikkai, Datuk Dr Kalai Vanar berkata, ia sebagai mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar mengotakan janji mereka. Beliau berkata, janji untuk membebaskan tahanan Sosma mahupun memansuhan Akta itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih gagal ditunaikan sehingga kini. "Mohon jasa baik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengar atas dasar keprihatinan, bebaskan segera tahanan Sosma yang meringkuk dalam penjara selama tiga tahun setengah di Penjara Sg Buloh dan Sg Petani. "Ahli keluarga tahanan Sosma ini menggunakan undang-undang di mahkamah, tapi masih tak berdaya. "Sebelum PRU15, cal...