DEDAK PM, KDN BEBASKAN 69 TAHANAN SOSMA ,ANCAM MOGOK LAPAR

DEDAK PM, KDN BEBASKAN 69 TAHANAN SOSMA ,ANCAM MOGOK- LAPAR



KUALA LUMPUR - Seramai 69 tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Sg Petani akan melancarkan mogok lapar pada 30 Julai ini. 

Presiden Kebangsaan Nambikkai, Datuk Dr Kalai Vanar berkata, ia sebagai mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar mengotakan janji mereka. 

Beliau berkata, janji untuk membebaskan tahanan Sosma mahupun memansuhan Akta itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih gagal ditunaikan sehingga kini. 

"Mohon jasa baik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengar atas dasar keprihatinan, bebaskan segera tahanan Sosma yang meringkuk dalam penjara selama tiga tahun setengah di Penjara Sg Buloh dan Sg Petani. 

"Ahli keluarga tahanan Sosma ini menggunakan undang-undang di mahkamah, tapi masih tak berdaya. 

"Sebelum PRU15, calon yang kini ahli Parlimen sudah bersumpah kononnya tahanan Sosma akan dibebaskan dan Akta sosma akan dimansuhkan. 

"Tapi sampai sekarang masih tidak ditunaikan sampai sekarang," katanya pada sidang media di Madras Cafe, di sini, hari ini. 

Selain itu, ahli keluarga kepada 69 tahanan Sosma juga akan melancarkan mogok yang sama di lokasi yang berbeza pada 31 Julai ini. 

"Keluarga (tahanan Sosma) pun akan buat mogok lapar pada 31 Julai supaya Menteri yang hebat berkokok di pentas tunaikan janji mereka," katanya lagi. - MalaysiaGazette


Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER