Posts

Showing posts from November, 2023

PEPIM BUKAN SCAMMER

Image
                                         PEPIM BUKAN SCAMMER Kuala Lumpur: 4Nov23 "Niat ingin membantu golongan memerlukan, namun sering dilabel  sebagai sebuah sindiket  penipuan  oleh sesetengah pihak yang tidak berpuashati menyebabkan beberapa pegawai ditahan pihak berkuasa ketika mengadakan program jualan",kata Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Harapan Insan Miskin (PEPIM),Ashraf Mokhtar. Ashraf menegaskan, PEPIM tidak pernah mengarahkan pegawainya memugut derma atau meminta sedekah bagi mengumpul dana persatuan. Menurutnya,PEPIM adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran  Pertubuhan Malaysia (ROS) sejak 2020 dan bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Nur Qasih,Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu pesara yang berdepan  kesusahan. Beliau berkata, PEPIM adalah sebuah NGO yang ditubuhkan bagi membantu golong...

TUNKU AZIZAH INSPIRASI TUDUNG TASSELS KL

Image
TUNKU AZIZAH  INSPIRSITUDUNG        TASSELS KL RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi insiprasi kepada Nur Syuhadah Samsudin untuk mengeluarkan rekaan tudung yang bermotifkan bunga Orkid. Pemilik Tassels & Co Resources itu berkata, insiprasi itu bukan saja mencetuskanya idea untuk mengeluarkan tudung rekaan sendiri, malah mendorongnya untuk berhijrah memakai  tudung.“Tunku Azizah merupakan insiprasi kepada saya untuk menghasilkan tudung sendiri dan juga untuk saya berhijrah untuk memakai tudung.“Saya terinspirasi dengan personaliti Tunku Azizah yang mengayakan pelbagai tudung yang mempunyai pelbagai warna dan motif. “Pada Mei 2023 saya mengasaskan syarikat ini dan mengeluarkan tudung jenama sendiri Tassels KL,” katanya dalam satu wawancara baru-baru ini.Jelasnya, sehingga kini dia telah menghasilkan sekitar 26 rekaan tudung yang telah memasuki pasaran.“Tunku Azizah merupakan insiprasi kepada saya untuk menghasilkan tudun...
Image
18 Oktober 2023 - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) prihatin dalam usaha membantu warga Wilayah Persekutuan yang miskin dan kurang berkemampuan. Ini selari dengan usaha dan Hasrat PerdanaMenteri YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim menoktahkan kemiskinan. Hari ini,   Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) YBhg. Tuan HJ. Gulam Muszaffar Bin HJ. Gulam Mustakim, turun padang bersama-sama menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Taman Beringin, Jinjang Utara) , Perumahan Awam Sri Kelantan dan Hospital Kuala Lumpur Tiga orang warga Wilayah Persekutuan yang kurang bernasib baik ini menerima bantuan khas pada kali ini ialah En. Abd Kadir Bin So’al yang menetap, Taman Beringin Jinjang Utara. Bantuan ini disalurkan memandangkan beliau dan isteri merupakan warga emas yang tinggal sendirian.  Beliau juga mengidap penyakit Jantung, kencing manis, darah tinggi dan kini sakit terlantar kerana patah tulang peha  Penerima kedua, Puan Nor Seri Wanny bt ...