PEPIM BUKAN SCAMMER
PEPIM BUKAN SCAMMER
Kuala Lumpur: 4Nov23 "Niat ingin membantu golongan memerlukan, namun sering dilabel sebagai sebuah sindiket penipuan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuashati menyebabkan beberapa pegawai ditahan pihak berkuasa ketika mengadakan program jualan",kata Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Harapan Insan Miskin (PEPIM),Ashraf Mokhtar.
Ashraf menegaskan, PEPIM tidak pernah mengarahkan pegawainya memugut derma atau meminta sedekah bagi mengumpul dana persatuan.
Menurutnya,PEPIM adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sejak 2020 dan bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Nur Qasih,Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu pesara yang berdepan kesusahan.
Beliau berkata, PEPIM adalah sebuah NGO yang ditubuhkan bagi membantu golongan memerlukan seperti menyalurkan bantuan barangan makanan,kerusi roda dan katil hospital kepada golongan fakir miskin.
Katanya,setiap pegawai yang mengadakan program jualan seperti pelekat dan jata kenderaan diberikan kad kuasa supaya tidak berlaku penyamaran dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"PEPIM kesal kerana ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab melaporkan kepada polis persatuan ini mengutip wang secara haram menyebabkan lebih 10 pegawai pernah ditahan polis sejak ia ditubuhkan termasuk yang terbaharu dua pegawai di balai polis Kuala Pilah,Negeri Sembilan dua hari lalu," katanya pada sidang media hari ini.
Ashraf berkata,jualan barangan cenderamata yang diadakan PEPIM ini adalah inisiatif persatuan bagi mengumpul dana Jasa Bakti bagi membantu golongan memerlukan yang disediakan persatuan.
Menurutnya,melalui semakan dibuat melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman mendapati akaun PEPIM turut disenarai hitam sebagai scammer yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan seorang pegawai ditahan di balai polis Batu Pahat,Johor pada 23 Ogos lalu.
Katanya,sehari dua lagi beliau bersama beberapa ahki jawatankuasa PEPIM akan hadir ke balai polis Batu Pahat bagi memberi penjelasan berkenaan perkara itu.
"PEPIM kesal dengan penahanan beberapa pegawai yang diadakan tanpa sebab dan menyeru agar pihak yang tidak berpuashati menghentikan tindakan memfitnah persatuan ini.
"PEPIM juga tidak pernah mengarahkan pegawai mengadakan kutipan derma tanpa sebab dan kebiasaannya akan mewar-warkannya yerlebih dahulu di dalam portal dan media sosial rasmi persatuan sebelum mengadakan sesuatu program,"katanya.
Susulan daripada penahanan tiga pegawainya di balai polis Batu Pahat dan Kuala Pilah PEPIM telah membuat dua laporan polis di balai Taman Melawati semalam