Posts

Showing posts from July, 2024

Nak masuk Bersatu tak payah letak ‘Bossku’ sebagai alasan – Sulaiman

Image
NAK MASUK BERSATU TAK PAYAH LETAK 'BOSSKU' SEBAGAI ALASAN - SULAIMAN TANJONG KARANG – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar diingatkan tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak atau Bossku sebagai alasan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak menegaskan, Noh boleh terus menyertai Bersatu tanpa memberi alasan kononnya beliau berasa simpati dengan nasib yang menimpa Najib. “Bila Bossku tidak dapat pertimbangan dalam mahkamah, jangan letakkan alasan itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, saya rasa itu tidak adillah kepada beliau. “Mudah saja, kalau nak masuk Bersatu, masuklah, tak payah letak Bossku sebagai alasan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO Bahagian Tanjong Karang, di sini, malam ini. Sebelum ini, MalaysiaGazette melaporkan, bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu mengumumkan untuk menyertai Bersatu berkuat kuasa serta-me...

MCA KELUAR BN: KITA SERINGKALI BERMESYUARAT BINCANG SECARA TERBUKA - ZAMBRY

Image
MCA KELUAR BN: KITA SERING     KALIBERMESYUARAT BINCANG    SECARA TERBUKA - ZAMBRY KUALA LUMPUR - Tidak timbul dakwaan parti komponen Barisan Nasional (BN) didakwa berhasrat mahu meninggalkan gabungan berusia 72 tahun itu kerana perselisihan politik dalaman.  Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana pihaknya sentiasa mengadakan pertemuan dan berbincang jika sebatang masalah timbul.  "Kita sentiasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi BN, seringkali kita adakan.  "Jadi tidak ada masalah dari segi parti nak keluar parti nak masuk semua ini.  "Kita sentiasa bersama termasuk dalam hal-hal berkaitan hal-hal politik dan sebagainya yang seringkali kita bincang secara terbuka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.  Terdahulu beliau merasmikan majlis penutupan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras Tahun 2024.  Semalam, media melaporkan MCA didakwa mahu keluar daripada ...

TAK TIMBUL DAKWAAN MCA MAHU TINGGALKAN BN - ZAMBRY

Image
TAK TIMBUL DAKWAAN MCA MAHU TINGGALKAN  BN - ZAMBRY KUALA LUMPUR – Tidak timbul dakwaan parti komponen Barisan Nasional (BN) didakwa berhasrat mahu meninggalkan gabungan yang  berusia 72 tahun itu kerana perselisihan politik dalaman. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana pihaknya sentiasa mengadakan pertemuan dan berbincang jika sebatang masalah timbul.Kita sentiasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi BN, seringkali kita adakan. Jadi tidak ada masalah dari segi parti nak keluar parti nak masuk semua ini. “Kita sentiasa bersama termasuk dalam hal-hal berkaitan politik dan sebagainya yang seringkali kita bincang secara terbuka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Terdahulu beliau merasmikan majlis penutupan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras Tahun 2024 di sini hari ini. Semalam, media melaporkan MCA didakwa mahu keluar daripada BN susulan pucuk pimpinan dan akar umbi tidak lagi gembira dengan kedudu...