MCA KELUAR BN: KITA SERINGKALI BERMESYUARAT BINCANG SECARA TERBUKA - ZAMBRY

MCA KELUAR BN: KITA SERING     KALIBERMESYUARAT BINCANG    SECARA TERBUKA - ZAMBRY

KUALA LUMPUR - Tidak timbul dakwaan parti komponen Barisan Nasional (BN) didakwa berhasrat mahu meninggalkan gabungan berusia 72 tahun itu kerana perselisihan politik dalaman. 

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana pihaknya sentiasa mengadakan pertemuan dan berbincang jika sebatang masalah timbul. 

"Kita sentiasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi BN, seringkali kita adakan. 

"Jadi tidak ada masalah dari segi parti nak keluar parti nak masuk semua ini. 

"Kita sentiasa bersama termasuk dalam hal-hal berkaitan hal-hal politik dan sebagainya yang seringkali kita bincang secara terbuka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Terdahulu beliau merasmikan majlis penutupan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras Tahun 2024. 

Semalam, media melaporkan MCA didakwa mahu keluar daripada BN susulan pucuk pimpinan dan akar umbi tidak lagi gembira dengan kedudukan parti terbabit dalam BN. 

Menurut laporan itu, BN yang kini diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi relevan kepada MCA kerana diketepikan dalam kerajaan. - MalaysiaGazette

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER