KETUA UMNO KLCC BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP GUAN ENG

    Ketua Umno KLCC buat laporan polis      terhadap Guan Eng

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Cawangan KLCC hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kewangan di balai polis Dang Wangi kira-kira jam 1.25 tengah hari.

Laporan dibuat oleh Dato' Sri Dzulkarnain Taib adalah berkaitan kenyataan akhbar Lim Guang Eng yang menggunakan bahasa mandarin ketika berhadapan dengan wartawan berkaitan projek TRX dan TRXC.

"Tindakan ini dianggap telah melanggar perkara 152 (1) dan (6) perlembagaan negara yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya dalam sidang media yang di adakan di luar perkarangan IPD Dang Wangi.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak polis menyiasat perkara ini.

 Beliau yang juga Presiden Yayasan Media Hebat berkata sikap Guang Eng yang mendewa-dewakan bahasa mandarin ini seolah-olah bahasa Melayu yang digunakan oleh rakyat negara ini bukan bahasa rasmi negara.

"Guang Eng telah melanggar sumpah yang dilapazkan kepada Yang di Pertuan Agong ketika mengangkat sumpah jawatan menteri kewangan  baru-baru ini," ujar beliau.

Dzulkarnain menegaskan bahawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Amzah perlu memanggil semua menteri PH ini dalam masa terdekat  bagi memperjelaskan kepada mereka bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sebarang perkara yang berkaitan dengan kementerian hendaklah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Dato dzu
Oleh Abdullah Karim

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER