Skip to main content

Hujah tutup tahfiz dangkal

 

        Hujah tutup tahfiz dangkal

KUALA LUMPUR 9 Julai - Hujah yang diberikan oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya sekolah tahfiz ditutup disifatkan amat dangkal.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, hujah bahawa sekolah tahfiz tidak mampu melahirkan generasi baharu Islam yang baik dan seimbang adalah tidak kuat kerana menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara pelbagai disiplin ilmu telah diperkenalkan dan dilaksanakan ke arah melahirkan generasi tahfiz yang mampu menguasai pelbagai bidang.

"Sebab itu adalah lebih baik memperkasa apa yang kerajaan sebelum ini telah laksanakan ataupun gubal menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang telah mempunyai rangka yang jelas untuk melahirkan generasi tahfiz yang seimbang.
"Menerusi dasar tersebut, negara mahu melahirkan generasi penghafaz al-Quran yang bukan sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran tetapi berupaya menguasai pelbagai disiplin ilmu dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek teknikal dan vokasional mengikut kecenderungan masing-masing,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.
Zainuddin menerusi catatan dalam blognya zamkata.blogspot.com, kelmarin mencadangkan agar langkah diambil untuk menutup semua sekolah tahfiz di negara ini yang disifatkannya tidak memberi masa depan kepada generasi baru Islam.
Utusan online

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER