SEBAGAI MENGOTAKAN JANJINYA,PRESIDEN UMNO DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI

SEBAGAI MENGOTAKAN JANJINYA,PRESIDEN UMNO -DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI
Sebagai mengotakan janjinya, Presiden UMNO, 
Datuk Seri Dr  Ahmad Zahid Hamidi tidak akan mengenepikan Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin dalam pentadbiran baharu parti itu.
Sebaliknya Ahmad Zahid berkata, Tengku Razaleigh ataupun Ku Li dan Khairy yang juga calon Presiden UMNO akan turut diberi tempat dalam parti itu.
Beliau berkata, perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk memutuskan jawatan kepada dua pemimpin berkenaan.


Bukan itu saja, manifesto yang dibawa oleh Tengku Razaleigh dan Khairy juga akan turut dinilai oleh beliau dan saf kepemimpinannya untuk diketengahkan.
"Peranan yang akan dimainkan oleh kedua-dua calon Presiden (UMNO) seperti janji saya untuk bawa mereka bersama bagi mengorak langkah membawa pembaharuan seperti dilontarkan mereka.


"Saya akan putuskan perkara ini pada MT...dalam pentadbiran baharu ini juga rombakan dilakukan bagi jawatan-jawatan pada peringkat MT," katanya ketika sidang media sulung selaku Presiden UMNO di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Ahad.
Hadir sama Timbalan Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Mohamad Hasan serta dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Oleh : Hazierra
Watan online

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER