Adakah Najib Akan Tubuh Pati Baru?
Adakah Najib Akan Tubuh Parti Baru?
KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tetap setia bersama Umno/BN.
Jelasnya, meskipun Umno/BN tewas dalam PRU14 lalu, dan tidak lagi berkuasa beliau tetap akan bersama parti keramat Melayu itu.
Katanya, Umno sudah menjadi darah dagingnya, dan tiada sebab untuk beliau keluar daripada parti itu atau menubuhkan parti baharu.
"Sama ada hasrat tubuh parti baharu itu, saya nak bagitahu bahawa darah daging saya Umno dan BN kalau benam saya dalam air angkat sepuluh kali saya ini, saya tetap Umno/ BN.
"Jadi saya tiada cadangan tubuh parti baharu...sekarang kita kena selamatkan Umno/ BN," katanya ketika menjawab soalan peserta bersempena program santai bersamanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Jelasnya, Umno dan BN tiada 'salah apa-apa'.
"Tiada yang salah kepada Umno dan BN kita kalah kerana penipuan , fitnah dan kita kalah kerana janji palsu," katanya.
Sumber: Sinar Harian online