KIMMA AKAN BERI SUMBANGAN KEMENANGAN PRU15 -PRESIDEN UMNO KUALA LUMPUR, 23 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) terus bersama-sama menyokong UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional. Pengerusi BN itu juga berharap agar KIMMA dapat bersama-sama memberi sumbangan yang bermakna bagi kemenangan BN dan Muafakat Nasional di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. “Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada KIMMA…semoga dapat bersama-sama memberi sumbangan yang bermakna agar UMNO dan Barisan Nasional serta Muafakat Nasional memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15. “Gunakanlah sebaik-baiknya pejabat ini untuk menyatukan seluruh ahli-ahli KIMMA dan juga India Muslim. Kita juga harus bersama-sama dalam masyarakat yang pelbagai kaum, agama dan budaya di negara ini,” ujarnya dalam ucapan ringkas ketika merasmikan Ibu Pejabat KIMMA yang baharu di Tingkat 7, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini...