THE CHINI SAGA KE HOLLYWOOD
THE CHINI SAGA KE HOLLYWOOD
The Chini Saga adalah sebuah naskah yang diilhamkan oleh Sutradara Pveeze Zain. Naskah ini mengisahkan lagenda naga di Tasik Chini yang menjadi mitos yang begitu popular di negara ini.
Kisah yang diceritakan turun temurun ini telah mendorong beberapa penggiat seni mengadaptasikannya. Antaranya ialah seniman Allahyarham Nordin Ahmad yang pernah mengarahkan kisah ini pada 1966. Pada 2003 kisah ini sekali lagi cuba diadaptasikan oleh Sutradara Mohd Raffi Hussain tetapi tidak dilaksanakan kerana beliau meninggal dunia.
Pada 2006 impian Allahyarham Mohd Raffi Hussain diteruskan oleh seorang penggiat seni,Pveezi Zain. Namun hasrat Pveezi Zain untuk mengadaptasikan kisah ini tergendala disebabkan beberapa masalah teknikal.
2020 membuka tirai, Pveezi Zain sekali lagi memaklumkan filem ini akan diterbitkan tidak lama lagi. Menurut Pveezi, filem ini akan diterbitkan bersama Pertubuhan Generasi Digital Malaysia dan akan dibiayai RSB Investment.
Menurut Datin Seri Harnie Mohamed, Pengerusi Pertubuhan Generasi Digital Malaysia beliau tertarik untuk berkerjasama bagi penerbitan filem ini adalah disebabkan file mini mendapat tarikan syarikat produksi Hollywod. Ujarnya lagi, bertepatan dengan misi dan visi pertubuhannya dimana filem ini 90% menggunakan kaedah Visual Effect (VFX).
RSB Investment bertindak sebagai ‘funder’ bagi penerbitan filem ini. Menurut wakil mereka,Mahadi Mohamed Nor filem ini mempunyai kelebihannya tersendiri berbanding filem lain di negara ini.
Filem ini juga berjaya menarik minat syarikat produksi yang pernah memenangi anugerah oskar yang berpengkalan di Los Angeles. Menurut Pveezi, beliau telah dijemput ke Los Angeles bagi sesi “pitching” di sana.
Menurutnya lagi, jika semuanya berjalan dengan lancer filem ini akan memulakan penggambaran penghujung tahun 2020 dan mengambil masa lebih kurang 3 tahun. Kos bagi penerbitan filem ini hamper 25 Juta USD yang mana cadangan pelakon asal filem ni ialah Jackie Chan,Rajinikanth dan ramai lagi.
Pveezi berharap hasil karya ini setaraf filem Hollywod yang lain.