TERKINI : MALIK STREAMS CORPORATION PILIH JEMAAH KURANG KEMAMPUAN SERAMAI 111 ORANG


MALIK STREAMS CORPORATION
PILIH JEMAAH KURANG  KEMAMPUAN SERAMAI 111 ORANG
KUALA LUMPUR – MALIK STREAMS CORPORATION, telah mengadakan program tanggungjawap Sosial Koprat bagi tahun 2020. program 100% tajaan malik streams corporation di bawah managing Director DATO Abdul Malik BIN Dasthigeer, Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2007 dan mempunyai lebih daripada 6 buah anak syarikat di bawah jagaan Malik Streams Corporation.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Malik Streams Corporation untuk membantu kebajikan masyarakat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk ke Tanah Suci Mekah, dan seterusnya salah satu inisiatif sejajar dengan tahun 2020 sebagai tahun permulaan perkembangan syarikat Malik Streams Corporation.
Datuk Seri Mazlan Lazim,Ketua Polis Kuala Lumpur, Tan Sri Ali Hamsa,YM Tengku Hassanal Aziz dan Tengku Imana Azizi kerabat diraja pahang

Setiap tahun Malik Streams Corporation akan mengadakan program Tanggungjawap Sosial Koprat seperti “Back To School” dengan memberi bantuan pakaian sekolah kepada yang memerlukan,”Berbuka puasa bersama anak-anak yatim”, “berbuka puasa bersama orang asli”, memberi sumbangan kepada gelandang-gelandang diKuala Lumpur (selama 30 hari dalam bulan puasa) tidak lupa juga sumbangan kepada ibu-ibu tunggal setiap tahun.
Pada tahun Mei 2017 Malik Streams Corporation telah menghantar seramai 50 jemaah umrah ke Tanah Suci Mekah.
Dato’ Abdul Malik Bin Dasthigeer,CEO Malik Streams Corporation berkata kami juga memilih 3 orang kurang upaya (OKU) serta seorang warga emas yang sudah berumur menjangkaui 80 tahun untuk menyertai program jemaah umrah bersama-sama kami sambung beliau ini kerana mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk berpijak ke tanah suci dan melakukan umrah dan mereka adalah orang pertama saya memilih kerana niat pertama
saya adalah untuk membantu orang-orang yang tidak berkemampuan sama ada wang mahu pun fizikal
Sambungnya lagi, “saya berharap sumbang kecil ini dapat membantu dan melunaskan impian semua jemaah umrah untuk menjalankan umrah seperti orang lain katanya Malik Streams Corporation percaya aktiviti seperti ini akan terus memupuk semangat kekeluargaan dan kerjasama di kalangan masyarakat dan pengurusan syarikat kami.
Di dalam pmilihan jemaah untuk ke Tanah Suci Umrah pada tahun ini, kesemua jumalah para jemaah tahun ini adalah 111 orang dan di antara 23 orang adalah jemaah dari negara India dan 88 orang lagi daripada Malaysia 3 orang daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU) dan yang lain terdiri daripada

1.Kuala Lumpur- 39  2.Selangor- 17   3.Pulau Pinang-8
    
4.Pahang- 9     5.Kedah – 3    6.Perak- 5   7.Negeri Sembilan - 3     

8.Johor Baharu- 2    9.Terengganu - 1    10.India - 23 

26 orang jemaah terdiri daripada Ibu Tunggal dan 1 orang Jemaah tergolong dalam kategori Bapa Tunggal telah terpilih.

Majlis ini diadakan di Shangri La Hotel Kuala Lumpur, dan turut di jemput Ustaz Zaid daripada Masjid Keramat untuk bacaan doa, seterusnya taklimat kepada jemaah umrah ketika sampai di Tanah Suci Kota Mekah, perlepasan jemaah umrah pada 28th januari 2020  jam 4;30am bersama-sama Saudi Airline Flights 

Kenyataan oleh Malik Streams Corporation 

Program ini juga diadakan bagi membolehkan golongan kurang bernasib baik melakukan umrah dengan sempurna dan penuh keceriaan, jelas Dato' Abdul Malik Bin Dasthigeer.
Malik Corporation juga telah mengadakan program Sosial koprat sebagai satu acara tahunan kerana mahu berkongsi kerjayaan syarikat Malik Streams Corporation dengan golongan yang memerlukan. Usaha ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial SPHKL sebagai warga koprat yang bertanggungjawab tambah Dato' Abdul Malik Bin Dasthigeer








Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER