JAWATAN KETUA PESURUHJAYA SPRM


Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Mac — Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya hari ini mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Latheefa dalam satu kenyataan berkata surat itu dihantar pada Isnin lepas dan ia adalah keputusan beliau sendiri.
Beliau berkata spekulasi yang mendakwa beliau mendapat tekanan adalah tidak berasas.
Katanya beliau mempunyai keyakinan bahawa SPRM tidak akan sekali-kali  berkompromi terhadap rasuah seiring dengan keupayaan pegawainya serta sokongan penuh Perdana Menteri.
— BERNAMA

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER