FASSZ FOOD TAWAR MAKANAN DAN PENGHANTARAN HALAL


  Fassz Food Tawar Makanan     Dan Penghantaran Halal

Kuala Lumpur: Halal dari dapur restoran sampai ke rumah pelanggan. Itu tawaran operator penghantar makanan, Faszz Technology (M) Sdn Bhd khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan ini.










Dengan penyediaan dan khidmat penghantaran yang mematuhi konsep halal seperti disarankan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia akan memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan makanan tanpa perlu ragu-ragu lagi.
Pengasas Faszz Technology, Datuk Ishak Mohd Ishtiaq berkata penghantaran makanan halal yang dikendalikan syarikatnya diperakui Jakim.











Katanya pihaknya bekerjasama dengan Syed Food Industry untuk menghantar produk makanan Syed di sekitar Lembah Klang bermula semalam.
  "Khidmat diberikan penghantar mematuhi garis panduan dari segi keselamatan makanan dan kebersihan selain menepati standard tempoh penghantaran.









"Khidmat penghantaran makanan halal itu bermula jam 10 pagi hingga 7 petang setiap hari membabitkan 30 penghantar makanan FaszzFood, meliputi Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Ampang," katanya yang turut bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).









 Sementara itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, ia adalah berita baik kepada masyarakat Islam di negara ini kerana aspek halal perlu diberi penekanan serius.

Katanya, pihaknya menjangkakan lebih banyak lagi perkhidmatan berasaskan halal akan diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada umat Islam di negara ini.

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER