PRESMA GESA KAJI TEMPO OPERASi,KADAR LEVI


PRESMA GESA KAJI TEMPO OPERASI, KADAR LEVI

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menyambut baik lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Ini bermakna, ia juga akan dijalankan ketika umat Islam di negara ini berpuasa yang dijangka pada 26 April akan datang.
Presma ingin mencadangkan agar kerajaan mengubah waktu perniagaan yang dibenarkan sekarang iaitu dari jam 8 pagi hingga 8 malam kepada 5 pagi hingga 6 petang sepanjang bulan Ramadan bagi memudahkan umat Islam membeli juadah bersahur dan berbuka.
Dengan cara itu, kita semua boleh berpuasa di dalam tempoh PKP tanpa banyak masalah kerana restoran yang menjual makanan muslim dibuka pada waktu tersebut.
PRESMA juga ingin menarik perhatian kerajaan mengenai isu levi pekerja asing yang sudah memasuki tempoh 10 tahun atau lebih.

Kerajaan sebelum ini menetapkan kadar levi sebanyak RM6,000 bagi pekerja asing yang bekerja lebih 10 tahun di negara ini.











Justeru PRESMA meminta agar kerajaan mengekalkan harga sebelum ini iaitu RM2,085 meliputi bayaran visa, levi perkhidmatan dan lain-lain.

Ini kerana ada dalam kalangan ahli PRESMA yang mempunyai pekerja melebihi tempoh 10 tahun bekerja di negara ini dan masih boleh menyumbang kepada perniagaan majikannya, namun kadar yang dikenakan terlalu tinggi dan membebankan pengusaha.



Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER