Posts

Showing posts from June, 2020
Dengan mengabil kira dasar Kerajaan untuk membekukan pengambilan pekerja asing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), National Association for Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM) menyambut baik cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan pengambilan semula (rehiring) bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam Depoh Tahanan Imigresen (DTI) di seluruh negara. Sebagai pertubuhan yang mewakili usahawan wanita seluruh negara, NAWEM berpendapat cadangan ini mampu menghapuskan penglibatan orang tengah dalam proses pengambilan tenaga kerja asing. Disamping dapat melindungi majikan daripada penipuan “orang tengah”, pengambilan tenaga asing secara lansung dari depoh tahanan imigresen juga dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung Kerajaan bagi menampung hampir 15,000 tahanan PATI di DTI seluruh negara. Tambahan daripada itu, langkah ini juga membolehkan pengumpulan data yang lebih komprehensif bagi semua tahanan PATI di depoh imigresen setelah...
Image
Ada bincang snap election, tapi secara umum – Annuar By   Nizam Zain  -   17 June 2020 Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 16 JUN 2020 KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa tidak menafikan mesyuarat malam tadi ada membincangkan soal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secara mengejut tetapi bukan secara khusus. Perkara tersebut, katanya, dibincangkan secara umum dalam susulan kerajaan hari ini terus diganggu oleh pembangkang. “Ada bincang secara umum tentang cakap-cakap kemungkinan hendak adakan snap election (pilihan raya mengejut) tapi itu belum isu lagi belum berbangkit. “Itu semua spekulasi awal. Jadi takkan terus nak bincang bagi kerusi dah,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato’ Onn malam tadi. Beliau mengulas mengenai pelbagai usaha Pakatan Harapa...
SALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak membuka kertas siasatan dengan segera berhubung dakwaan salah guna kuasa didakwa melibatkan bekas pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Pengerusi Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut), A’zlan Abu Bakar menegaskan, dakwaan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi adalah sesuatu yang serius. “Kami mohon pihak SPRM mengambil tindakan secepat mungkin kerana kita tidak mahu perkara ini kemungkinan boleh dipadamkan, dihilangkan dan boleh jadi ada yang melarikan diri. “Lebih-lebih lagi integriti SPRM sebelum ini seolah-olah dilacurkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan SPRM Negeri Selangor hari ini. Semalam, portal berita Free Malaysia Today (FMT) melaporkan dakwaan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengarahkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas melepaskan sekatan yang dikenakan ke atas akaun bank seora...

(GPMSWP) TERHADAP SURVIVAL ANAK MUDA WILAYAH PERSEKUTUAN

Image
 (GPMSWP) TERHADAP SURVIVAL ANAK MUDA WILAYAH PERSEKUTUAN 1.    Dengan kalam Basmalah pihak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada seluruh rakan-rakan media. 2.    GPMSWP ingin menzahirkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang penularan dengan pelbagai SOP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Jasa dan keringat sahabat petugas barisan hadapan amat menggamit sebungkam rasa kasih dan tiada mampu kami membalasnya. 3.    Usaha murni dan terpuji pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam bertindak serta membantu warga Wilayah Persekutuan yang terkesan seperti gelandangan , peniaga kecil dalam aktiviti mikro ekonomikal yang mapan. GPMSWP bersama 12 cawangan khas turut berterima kasih kepada Kementerian Pengaj...