Dengan mengabil kira dasar Kerajaan untuk membekukan pengambilan
pekerja asing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), National
Association for Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM) menyambut baik
cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan pengambilan semula
(rehiring) bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam Depoh Tahanan
Imigresen (DTI) di seluruh negara.
Sebagai pertubuhan yang mewakili usahawan wanita seluruh negara,
NAWEM berpendapat cadangan ini mampu menghapuskan penglibatan
orang tengah dalam proses pengambilan tenaga kerja asing.
Disamping dapat melindungi majikan daripada penipuan “orang tengah”,
pengambilan tenaga asing secara lansung dari depoh tahanan imigresen
juga dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung Kerajaan
bagi menampung hampir 15,000 tahanan PATI di DTI seluruh negara.
Tambahan daripada itu, langkah ini juga membolehkan pengumpulan data
yang lebih komprehensif bagi semua tahanan PATI di depoh imigresen setelah
mereka menjalani proses tapisan serta saringan yang ketat oleh pihak
berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, dan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER