(GPMSWP) TERHADAP SURVIVAL ANAK MUDA WILAYAH PERSEKUTUAN

 (GPMSWP) TERHADAP SURVIVAL ANAK MUDA WILAYAH PERSEKUTUAN
1.    Dengan kalam Basmalah pihak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada seluruh rakan-rakan media.

2.    GPMSWP ingin menzahirkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang penularan dengan pelbagai SOP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Jasa dan keringat sahabat petugas barisan hadapan amat menggamit sebungkam rasa kasih dan tiada mampu kami membalasnya.

3.    Usaha murni dan terpuji pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam bertindak serta membantu warga Wilayah Persekutuan yang terkesan seperti gelandangan , peniaga kecil dalam aktiviti mikro ekonomikal yang mapan. GPMSWP bersama 12 cawangan khas turut berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan atas bantuan yang diberikan kepada mahasiswa-mahasiswa yang terkandas semasa tempoh PKP yang berlangsung tempoh hari.


4.    Bagi kami golongan belia dalam Wilayah Persekutuan, kolaborasi dengan KWP tidak boleh lari dan dipisahkan.  GPMSWP ingin menyatakan dengan konkrit bahawasanya kami amat memerlukan sokongan dan dukungan Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi terlibat  di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dalam memperjuangkan agenda belia dan mahasiswa bandar.

5.    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan megalopolis ekonomi pasaran dinamika perniagaan dan juga pusat pendidikan bertaraf global banyak tersergam gah di setiap inci tanah bertuah ini.

6.    GPMSWP sedia maklum bahawa tempoh PKP dan PKPB merupakan satu tempoh masa yang sukar terutama kepada warga belia dan mahasiswa dalam Wilayah Persekutuan. Kami mengambil pendekatan menyantuni mahasiswa yang terjejas akibat pandemic Covid 19 ini dengan pro aktif.


7.    Walau bagaimanapun menerusi kaji selidik yang dijalankan dilapangan secara Grounded Approach, tidak semua kumpulan sasar mahasiswa dapat digapai dan dikontak. GPMSWP percaya masih ada peratusan mahasiswa khusus yang berada di luar kampus tidak berjaya disalurkan bantuan.


8.    Kami ingin menyatakan gesaan secara kolektif dan penuh rasa hormat kepada Menteri Wilayah Persekutuan yang berpengalaman hebat hampir tiga dekad dalam dunia politik dan geo administrasi, YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan yang pernah memegang dua jawatan menteri iaitu di Kementerian Belia dan Sukan pada 1990-1993 dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1993-1999) untuk mengambil perhatian serius kepada bantuan kos bebanan sewa rumah mahasiswa yang berada di luar kampus. Tempat berteduh kasih mahasiswa ini hanyalah berpolakan kepada keprihatinan YB Tan Sri.

9.    Isu kritikal yang membebani alis pemikiran seterusnya ialah kadar pengangguran belia adalah amat merisaukan. Cadangan kami kepada YB Tan Sri agar diwujudkan sektor bantuan potensi karier dalam sektor perkhidmatan penghantaran makanan, perkhidmatan penyelenggaraan jalur lebar, dana sokongan peniaga atas talian, pemudah cara perlesenan penjaja kecil dan seumpamanya.

10.    Alternatif lain ialah menyalurkan penganggur berintegriti akademikal ini kepada sektor pendidikan tambahan online sebagai contoh “Kelas Tuisyen KL Kasih” di mana YB Tan Sri mewujudkan satu platform aplikasi dan memberi gaji atau elaun penganggur ini untuk mengajar anak anak pelajar belajar dari rumah dengan sistem atas talian. Pembahagian kawasan adalah berdasarkan zon.


11.    Lantaran itu, dalam aspek pelan jangka masa pendek ini juga YB Tan  Sri boleh menyalurkan mereka untuk produktiviti pekerja sosial membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam proses penyaluran bantuan berbentuk barang keperluan asas dan kelompok asnaf kerana kita yakin keperluan tenaga sokongan kepada agensi kerajaan ini sedikit sebanyak akan meringankan bebanan sedia ada.


12.    Dalam pelan jangka masa panjang, GPMSWP mencadangkan Skim Latihan Pasca Siswazah untuk setiap lepasan graduan. Program ini digalakkan khas untuk anak-anak belia Wilayah Persekutuan sahaja di mana mereka akan dilatih kemahiran asas teknikal dalam semua bidang misalnya fotografi, kulinari, kimpalan, multimedia, perkhidmatan jalur lebar, perkhidmatan penghantaran dan sebagainya supaya apabila terjadi sesuatu situasi kecemasan sebegini, mereka sudah ada pelan evakuasi sebagai perisai kepada kemelut ekonomi semasa dengan mengkomersialkan kebolehan tambahan yang ada pada diri mereka sekaligus menyumbang kepada kestabilan ekonomi  yang berjalan dalam Wilayah Persekutuan.

13.    GPMSWP sejujurnya yakin dan percaya kepada kepimpinan dan kebijaksaan YB Tan Sri Annuar Musa Menteri Wilayah Persekutuan dan Jemaah pentadbiran kementerian serta agensi di bawah naungan YB untuk mencari solusi dan terus bertindak. Zaman bergerak serba pantas dan penilaian gerak kerja haruslah pantas dan cepat bertindak sekapabiliti kepantasan internet bagi menjamin kestabilan sosial khusus kepada golongan belia dalam sisipan hidup di ibu kota tercinta.

14.    Sebagai jambatan yang mendamaikan dan mengemudi keprihatinan YB Tan Sri kepada belia, GPMSWP dengan penuh prinsip mendoakan agar cadangan ini mendapat perhatian serius daripada YB Tan Sri dengan penuh kesejahteraan dan keprihatinan.
  Tamat.

KhairulRizam Bin Dato’ Abu Samah
PengerusiGabunganPelajarMelayuSemenanjung Wilayah Persekutuan (GPMSWP)

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER