DS ZAHID NAFI UMNO BERTANDING DI KESEMUA KERUSI BERSATU
Zahid nafi UMNO akan bertanding di kesemua kerusi Bersatu
PRK Slim: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata parti itu akan bertanding di semua kerusi yang dimenangi oleh Bersatu serta yang dimenangi oleh Umno tetapi wakil rakyatnya berpaling tadah dengan menyertai Bersatu.
Mengulas kenyataan itu, Zahid berkata Dr Mahathir mungkin mendapat maklumat daripada sumber yang tidak boleh dipercayai.“Saya fikir elok melihat fakta bahawa kenyataan beliau itu tidak berdasarkan kepada dapatan kajian atau maklumat yang sahih, yang diperolehi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.