ISU JUDI 2015: HARAP KETUA POLIS NEGARA CAKAP SERUPA BIKIN - JAMAL

ISU JUDI 2015: HARAP KETUA POLIS NEGARA CAKAP SERUPA BIKIN - JAMAL

AMPANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador digesa menyiasat semula aduan, laporan dan pendedahan mengenai aktivitiperjudian haram di Ampang sejak 2105 yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Menurut Jamal, sebagai pengadu atau pemberi maklumat, beliau ingin mengetahui sejauh mana aduan beliau itu disiasat dan diambil serius oleh pihak polis khususnya Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.Ia susulan laporannya itu kini 'memakan diri' malah beliau pula disiasat dan diambil tindakan undang-undang di atas


pertuduhan samun secara berkumpulan dan menceroboh premis perjudian di Taman Kosas, 29 Disember 2016."Pada Rabu ini saya sendiri akan menghantar surat dan laporan kami yang terdahulu kepada Ketua Polis Negara supaya beliau siasat balik tentang aduan kami mengenai aktiviti perjudian haram di Ampang pada 2015. "Kami nak tahu sejauh mana laporan, aduan serta pendedahan kami itu disiasat, berapa orang yang dituduh. Jadi saya berharap Ketua Polis Negara cakap serupa bikin.

"Insya-Allah Rabu ini selepas Zohor saya akan ke Bukit Aman untuk menghantar supaya mungkin pihak IGP terlepas pandangan tentang aduan hari ini. Saya sendiri akan video, laporan dan sebagainya," katanya pada sidang media di luar pekarangan Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.Sebelum ini, Mahkamah Majistret Ampang 12 Mac 2019 melepaskan tanpa membebaskan Jamal daripada pertuduhan menceroboh sebuah premis perjudian di Taman Kosas, Ampang, kira-kira empat tahun lalu.Pada 5 Julai 2018, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama Aenol Rofik Mawardi, 21, dan seorang lagi yang masih bebas, menceroboh kedai Starcom Trading and Services, Jalan Kosas 13, Taman Kosas di sini, jam 3.30 petang, 29 Disember 2016.









Jamal didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - MalaysiaGazette


-TAMAT-

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER