ISU JUDI: SIASAT SEGERA BEKAS KETUA POLIS SELANGOR - JAMAL
KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menggesa Bukit Aman menyiasat kekayaan yang dimiliki oleh bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat.Jamal tidak menolak kemungkinan Abdul Samah terlibat dalam melindungi taukeh-taukeh yang menjalankan operasi premis perjudian haram di sekitar Ampang sejak 2015.null“Minggu depan saya mungkin ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk buat laporan salah guna kuasa.
Terdahulu Jamal menyerahkan memorandum kepada pejabat Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat bekas Ketua Polis Selangor itu dan pendedahan beliau mengenai aktiviti perjudian haram di Taman Kosas, Ampang sejak 2015.Memorandum setebal enam halaman itu diterima oleh pegawai perhubungan awam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).null
“Adakah orang yang memberikan maklumat dan pendedahan lebih salah daripada kegiatan aktiviti perjudian haram, ini undang-undang macam mana dalam negara kita.“Saya yang membuat pendedahan, saya yang bagi maklumat kepada pihak polis, saya yang buat laporan.“Adakah itu besar lagi kesalahannya daripada menjalankan kegiatan kedai judi haram,” katanya.Jamal berharap Ketua Polis Negara tidak melindungi mana-mana pegawainya termasuk yang telah bersara sekiranya didapati menyalahgunakan kuasa melindungi kegiatan judi haram ini.Yang salah tetap salah, walaupun kesalahan itu sejak 10 tahun lalu.“Saya harap Tan Sri Hamid Bador seorang yang jujur, amanah dan ikhlas, inilah harapan kami dan rakyat Malaysia kepada PDRM,” katanya lagi.– MalaysiaGazette