MBSA TAHU TAK BEZA KEDAI JUDI DAN KEDAI JAHIT? - JAMAL
“Saya nak beritahu kepada MB Selangor (Datuk Amirudin Shaari) supaya memberikan juga kursus kepada penguat kuasa MBSA bagaimana rupa bentuk kedai judi ini.“Seperti yang saya lihat semalam mereka (dalam operasi MBSA) tidak kenal rupa kedai judi,”
ujarnya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di premis perniagaan di Sungai Buloh hari ini.Jamal mempersoalkan kenapa penguat kuasa MBSA melakukan operasi turut membuat tindakan kepada premis yang tidak ada kaitan dengan premis perjudian.
“Kedai judi memang sudah wujud tapi semalam kita mengadu kedai judi dia merampas kedai mesin jahit dan oleh hal yang demikian saya membawa mesin jahit untuk beritahu mereka kenal atau tidak kedai mesin jahit atau mesin judi?
”soalnya.Jamal juga kesal dengan apa yang telah berlaku kerana peniaga kecil-kecilan baru sahaja mula mencari makan selepas empat bulan tidak dapat berbuat demikian gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa menghadapi operasi MBSA yang menyusahkan mereka.Terdahulu Jamal yang juga Penaung Peniaga Kecil Selangor bersama ketua Badan Gabungan UMNO Selangor,
Tan Sri Noh Omar hari ini melawat dan berjumpa dengan peniaga di kawasan itu selepas pihak MBSA melakukan operasi bersepadu sehingga menyebabkan ramai peniaga di kawasan kaki lima telah diberikan notis 24 jam untuk mengosongkan kawasan terbabit.Operasi berkenaan dipercayai ada kaitan dengan isu video tular mengenai premis perjudian yang berleluasa di Sungai Buloh sehingga membawa penahanan beberapa pegawai penguat kuasa MBSA oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak semalam.- MalaysiaGazette