SEMALAM BEKAS KP SELANGOR LAPOR POLIS, HARI INI SAYA PULA DISIASAT - JAMAL
Semalam bekas KP Selangor lapor polis, hari ini saya pula disiasat – Jamal
KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos melahirkan rasa kesal apabila gesaan beliau sebelum ini supaya Bukit Aman menyiasat kekayaan bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat kini memakan dirinya.
Lebih menghairankan apabila Jamal pula dipanggil untuk diambil keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta SKMM berhubung kenyataannya secara langsung di Facebook miliknya pada 19 Ogos lalu.