ANAK FLAT MENYINAR DI SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA W. PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR, 29 Sept -- Persatuan Belia Seri Cempaka (PBSC) Lembah Pantai hari ini dinobatkan sebagai Johan Kategori Pertubuhan Belia pada majlis sambutan Hari Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan."PBSC ini adalah untuk membuktikan bahawa anak-anak flat juga boleh memenangi anugerah di peringkat kebangsaan,” kata Pengerusi
Persatuan Belia Cempaka (PBSC) Khairil Roy Azuan Kamaruddin kepada pemberita selepas majlis penganugerahan.Katanya, PBSC turut muncul sebagai Johan Pertubuhan bagi Anugerah Perdana Belia Negara pada sambutan peringkat kebangsaan Ogos lalu.Jelasnya, program belia yang mereka lakukan tidak terbatas di Lembah Pantai sahaja dan program itu memfokuskan untuk memperbaiki mereka yang bermasalah berubah menjadi pemimpin pada masa akan datang.Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (Pengurusan dan Sosioekonomi) Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman yang berkata agensi kerajaan perlu dekat dengan belia untuk menggilap potensi mereka."Bila kita dekat dengan belia, banyak program yang melibatkan
belia dapat membuatkan keterampilan mereka lebih menyerlah." katanya.Sementara itu, Khairul Rizam Abdul Samah yang juga Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan memenangi Johan Kategori Individu Lelaki manakala Kavitha Maheendran memenangi Johan Kategori Individu Wanita.- BERNAMA