KALAU ZAHID MAT ARIP BOLEH JADI SENATOR, KENAPA ZAHID HAMIDI TAK DI LANTIK SEBAGAI TPM


Kalau Zahid Mat Arip boleh Jadi Senator, kenapa Zahid Hamidi Tak Dilantik Sebagai TPM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya beliau benar-benar ikhlas mahu mengukuhkan permuafakatan orang Melayu dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menegaskan, sepatutnya tidak timbul lagi soal terdapat halangan untuk mengangkat Presiden UMNO itu ke dalam Kabinet termasuk 87 pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah.

“Kalau kita lihat, pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kepada Datuk Seri Zahid sebagai Presiden UMNO bermula selepas beliau menang di dalam pemilihan parti pada dua tahun lepas.

“Bagaimana beliau dituduh, ketika itu zaman Pakatan Harapan (PH) di mana Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Peguam Negaranya pula sebelum ini adalah peguam DAP kepada Lim Guan Eng

“Pertuduhan-pertuduhan yang Datuk Zahid hadapi ini adalah pertuduhan yang bermotifkan politik untuk memberi tekanan kepada UMNO, untuk melemahkan UMNO dengan 87 pertuduhan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaReports, hari ini.

Jamal juga mahu Muhyiddin tidak mengamalkan sikap dwi standard terhadap integriti seseorang yang dilantik ke dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN), apatah lagi beliau sendiri telah melantik ahli Dewan Negara yang mempunyai pertuduhan di mahkamah.

“Kalau kita lihat pelantikan Zahid Mat Arip sebagai Senator, beliau juga berdepan dengan pertuduhan di mahkamah dan boleh pula dilantik sebagai Senator.

“Jadi apa salahnya, waktu dan ketikanya kalau ingin melihat gabungan PN, Bersatu dan Muafakat Nasional (MN) ini kuat, Datuk Seri Zahid perlu segera dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Lihat bagaimana beliau memberi kerjasama yang tulus dan ikhlas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah (dari segi pembahagian kerusi calon yang bertanding).

“Kalau kita lihat ketika Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau mahukan sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti tidak terlibat atau terpalit dengan apa-apa jua kes mahkamah,” katanya lagi.

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER