SIASAT SYED SADDIQ, MANA HILANGNYA RM50 JUTA MILIK YPC

SIASAT SYED SADDIQ, MANA HILANGNYA RM50 JUTA MILIK YPCKetua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor, Aemierulrizaki Rambli akan membuat laporan polis mendesak PDRM, Peguam Negara siasat kes rasuah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan kehilangan wang tunai RM250,000.

Hari ini saya hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 

Beliau merupakan bekas Menteri termuda dalam sejarah Malaysia dan dal politik singkat ini, Syed Saddiq dilihat sebagai ahli politik yang menjayakan trend politik populis untuk memancing golongan liberal dan urban yang mempunyai agenda tersendiri 

Syed Saddiq sering menampilkan diri sebagai hero dalam memerangi rasuah dan amalan kleptokrasi walaupun ia jauh daripada kebenaran sedia ada. 

Kita semua ingat kelantangan beliau dalam menyebarkan fitnah tentang Datuk Seri Najib Tun Razak serta ahli-ahli politik UMNO yang lain sedangkan mentor beliau sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perasuah terbesar dalam sejarah Malaysia 

Kebelangan ini lebih banyak pula kisah buruk tentang Syed Saddiq yang terbongkar 

Antara projek utama Syed Saddiq semasa di bawah rejim Pakatan Harapan (PH) adalah memperkenalkan inisiatif Youth Power Club (YPC) di mana lebih RM50 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan 222 YPC di seluruh negara. 

Ini diikuti dengan tajaan daripada syarikat-syarikat swasta. 

Beberapa minggu lepas, terbongkar pula surat bertarikh 6 Ogos 2019 daripada Syed Saddiq kepada Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad meminta peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta untuk projek yang sama. 

Jadi kita mempersoalkan siapa dalang di sebalik YPC sekian daripada Syed Saddiq

Presiden YPC Rafiq yang juga merupakan Bendahari Armada di bawah pimpinan Syed Saddiq selaku Ketua Armada ketika itu juga terpalit dengan kes rasuah pada Jun lepas apabila beliau ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kait kes kehilangan wang tunai sebanyak RM250,000 yang disimpan di dalam peti besi di rumah Syed Saddiq. Selepas pihak SPRM mengesyaki penyelewengan dalam akaun sayap Pemuda Bersatu itu, Rafiq Hakim Razali ditahan dan dia dijumpai bersama dengan wang tunai RM600,000 

Kesemua kes ini adalah berkaitan dengan dana begitu besar melibatkan wang yang diperuntukkan oleh kerajaan yang digunakan atas nama YPC atau pertubuhan belia, lebih RM50 juta peruntukan diberikan kepada Syed Saddiq yang kononnya untuk belia

Kita tak tahu di mana duit itu, diguna untuk apa, dan akhirnya dijumpai duit RM600,000 di rumah orang-orang yang berkaitan dengan Armada. 

Hari ini saya mewakili Pemuda UMNO Kuala Selangor membuat laporan polis untuk menggesa pihak berkuasa termasuk pihak Peguam Negara dan Perdana Menteri Malaysia untuk mengambil berat tentang kes ini dan kita mahu kes ini disegerakan siasatannya. 

Kalau dapat bukti yang cukup kita minta terus didakwa untuk kita tahu apa sebenarnya berlaku. 

Sebelum itu, kita juga nak tahu ke mana perginya duit-duit sebegitu banyak dilaburkan ke mana

Adakah duit ini dilaburkan dalam pemilihan parti Bersatu sebelum ini atau duit ini dilaburkan untuk kepentingan peribadi.

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER