KENYATAAN MEDIA JAMAL YUNOS DIDAKWA KELUAR KENYATAAN JELIK
KENYATAAN MEDIA JAMAL YUNOS DIDAKWA KELUAR KENYATAAN JELIK
18 JAN 2021(ISNIN)Hari ini saya dituduh di Mahkamah Sesyen Ampang kerana mengeluarkan kenyataan jelik dengan memuat naik video di Facebook milik saya di akaun Dato' Sri Jamal Yunos.
Saya tidak membuat tuduhan melulu, tapi saya dimaklumkan oleh seorang pemilik premis judi di Ampang mendakwa dia dipaksa untuk membuat laporan ke atas saya. Berikut adalah petikan kenyataan saya di luar pekarangan Bukit Aman dan sebuah restoran pada 19 Ogos 2020."Hari ini saya minta balik Bukit Aman PDRM, Ketua Polis Negara untuk siasat kedai judi itu siapa punya, siapa tokehnya, premis yang menyewakan kepada kedai judi siapa punya, "Dan yang paling saya terasa hati, tokeh judi itu sudah jumpa saya, dia kata nak tarik balik report, sudah buat report polis pun, tapi telah pergi ke mahkmah.
"Dalam mahkamah dia kata nak tarik balik report, saya tanya dia kenapa you nak report dulu tarik balik hari ini. "Dulu saya tak nak tarik balik report, saya dipaksa oleh Ketua Polis Negeri Selangor ketika itu, Datuk Seri Abu Samah, terpaksa juga report untuk kenakan saya. "Ini kenyataan yang dibuat oleh tokeh judi itu, dia kata...Datuk macam mana saya nak buat report, kalau saya buat report susah laa saya. "Apabila perkara ini berlaku, kami ini manusia juga, kami buat pendedahan untuk kepentingan rakyat bukan untuk kami.
"Kami buat pendedahan ini sekupang pun tak untung pun, kami tahu bahaya perkara ini masalah kepada rakyat, akan menjatuhkan moral masyarakat "Tapi kami kena tuduh, 5 tahun kami hadapi perkara, kami hari ini datang ke Bukit Aman untuk menuntut Keadilan daripada pihak polis. "Tolong siasat balik kes aduan kami, siasat balik penglibatan mantan Ketua Polis Selangor ketika itu".Saya amat sedih dan kesian bila melihat keadaan petugas-petugas mahkamah terdedah dengan wabak Covid-19, bagaikan tiada SOP, tiada penjarakan fizikal, OKT disumbat rapat-rapat dalam lokap. Saya berharap pihak berkuasa dapat tingkatkan tahap SOP kepada petugas mahkamah termasuk anggota polis terutamanya dalam lokap mahkamah. Sehubungan itu, saya sekali lagi menggesa Bukit Aman menyiasat semula kes pendedahan saya mengenai premis judi haram di Ampang sejak 5 tahun lalu. Apakah pertuduhan ke atas saya hari ini, satu pendakwaan terdesak atau bermotif politik semata-mata?